Bang!!
Sofia rebah. Darah deras mengalir dari dahinya. Daniel melihat ke arah Cloud lalu melihat pula Shin yang berada dibelakangnya. Shin membuang pistol ditangannya.
"Daniel ... Bunuh je la aku" kata Shin.
"tak.. Aku rasa semua sudah selesai.. Adik kau perlukan kau" balas Daniel.
Bzzz... Daniel melihat telefon bimbitnya.
"tapi.... "
"Shin, adik kau dalam keadaan stabil sekarang.. Kau pergilah jauh dari sini" kata Daniel.
"Cloud"
"ye.. Tuan muda.. Sebentar lagi inspector tu akan tiba untuk bawa mayat ni... Segala bukti perbualan saya dah rakamkan" jawab Cloud yang lancar menjalankan tugasnya.
Daniel berjalan keluar gudang, "Shin.. Kau nak ikut atau tak?"
Tanpa menjawab , Shin bingkas berdiri lalu mengikuti Daniel untuk ke hospital.
Tiba di hospital...
"Daniel" panggil Irene sebaik sahaja melihat Daniel.
"kenapa?" soal Irene sebaik sahaja melihat Shin berada di belakang Daniel.
"Semua masalah dah selesai.. Jangan risau" kata Daniel lalu mengusap lembut kepala Irene.
Shin menghampiri Irene, "Irene... Shin minta maaf sebab pukul Irene. Tapi kalau Irene nak balas balik sila kan"
"tak... Tak apa.. Irene maafkan Shin" Irene tersenyum.
"Tak guna kau Shin!!!"
Bukk!
Satu tumbukan hinggap di pipi Shin. Kai mencengkam collar baju Shin, "Kau !!! Kau hampir nak bunuh Ray!!!!"
"Kai..." panggil Daniel, "Not here".
Kai akur dengan kata Daniel lalu melepaskan Shin.
"Ray macam mana?" soal Daniel.
"Dia dalam dewan bedah lagi... Doktor nak keluarkan peluru tu dulu" jawab Kai.
"dan adik dia ni?"
"oh dia dah selesai pembedahan dan sekarang ada dekat ICU" jawab Kai dengan penuh rasa benci.
Tanpa berfikir panjang, Shin segera menjenguk Gin.
"Daniel kenapa kau tak bunuh dia?" soal Kai.
"sebab... Perempuan tu sudah mati di tangan dia. Dan dia dipergunakan" jawab Daniel tenang.
Daniel memegang bahu Kai, "Aku yakin dia akan berubah dan kita tak akan nampak muka dia lagi"
Seminggu kemudian....
"Irene ambil ni" Gin menghulurkan seutas rantai kepada Irene.
"ni bukan ke... "
Belum habis kata-kata Irene ,Gin sudah memotong, "Gin nak Irene simpan.. Kan Gin pernah bagitahu yang muka Irene ada iras dia"
"t-terima kasih Gin.. Gin jaga diri" ucap Irene.
"Irene juga.. Nanti kalau ternampak Gin dekat mana-mana jangan tak tegur pula"
Sebelum masuk ke dalam kereta Gin menghadiahkan satu ciuman di dahi Irene.
"oi Gin kau gila ke?" marah Shin lalu memukul kepala Gin."a-apa?" soal Gin hairan.
"Kau tak nampak tu" Shin memuncungkan mulut ke arah Daniel yang sedang berpeluk tubuh melihat mereka.
"aa.. Lupa" Gin segera pusing ke arah Daniel dan tunduk minta maaf kepada Daniel, "Maaf Daniel!!"
YOU ARE READING
Save Me !
RandomDaniel yang baru sahaja pulang dari Canada setelah 11 tahun menetap di negara itu tidak lagi mudah tersenyum seperti yang biasa dia lakukan ketika kecil. Sejarah hitam menghantui dirinya sehingga membuatkan Daniel sedemikian. Irene merupakan rakan D...