"Daniel, memang tak sayang kan Irene. Kenapa biarkan Irene diculik?"
"I-rene? Irene? "
Darah deras keluar dari leher Irene setelah ditetak oleh Shin. Baju Daniel berlumuran dengan darah.
"Irene!!"
Daniel terbangun dari tidur lantas terduduk dari baringnya. Peluh membasahi badannya.
"arghhhh!!" Daniel campak bantalnya kerana melepaskan geram.
"tuan muda?" Cloud yang baru sahaja masuk terkejut melihat bantal yang dicampak Daniel hampir mengenanya.
"Cloud...." Daniel menjuntaikan kaki nya ke bawah.
Cloud menghampiri Daniel apabila namanya dipanggil oleh Daniel.
Daniel merehatkan kepalanya pada dada Cloud, "a-aku mimpi.. Perkara buruk akan berlaku dekat Irene"
"tuan muda saya pasti tak akan ada apa-apa berlaku dekat Cik Muda. Tuan Muda jangan risau" pujuk Cloud.
Daniel mula menangis, "Semua ni salah aku Cloud. Aku tak tahu apa salah aku sampai jadi macam ni. Kenapa Shin bunuh orang yang aku sayang!"
Cloud menolak lembut bahu Daniel lalu berlutut dihadapan Daniel, "Dah lama saya tak nampak Tuan Muda nangis macam ni. Saya akan cuba sehabis mungkin untuk selesaikan masalah ni. Sebelum tu, saya ke sini untuk tunjuk sesuatu dekat Tuan Muda"
Daniel mengesat air matanya sementara menunggu Cloud. Cloud menghampiri dengan membawa laptop.
"Saya minta bantuan dari kenalan saya untuk siasat Shin dan ini yang saya dapat"
Cloud memberi laptop kepada Daniel, " Ni aunty Sofia dengan Shin? "
"ya Tuan Muda, menurut maklumat yang saya terima mereka berdua selalu juga berjumpa di cafe ni" terang Cloud.
"tak guna!!" lantas Daniel bangun untuk pergi mandi.
"Tuan Muda nak jumpa Madam Sofia ke? Saya cadangkan kita jangan jumpa dia lagi, kita selamat kan Irene dan dalam masa yang sama saya akan hantar orang untuk tangkap Madam Sofia" cadang Cloud.
Kring! Kring!
"Hello!"
"Calm down Daniel"
Kedengaran suara Shin dihujung talian.
"Mana Irene?!!"
"hahahaha.. Aku dah malas nak hadap muka perempuan ni... Jadi aku nak jumpa kau , hmmm rasa rindu nak tengok muka takut kau tu" sakan Shin tertawakan Daniel.
"Bila ? Di mana kau nak jumpa??!!" tengking Daniel.
"Esok.Gudang lama di Gwangju.. Alamat aku akan mesej"
Talian diputuskan.
Daniel menggenggam penumbuk, "Cloud, call Ray dan Kai"
"Baik tuan Muda"
.............................
"Gin? Gin?" panggil Irene tapi tiada jawapan.
'kenapa gelap... Aku dekat mana?' Irene bermonolog.
"sedar jugak kau, aku ingat dah mampus"
"s-siapa tu?" soal Irene ketakutan.
Kain penutup mata Irene direntap. Irene perlahan-lahan membuka matanya kerana cahaya terang menerangi bilik itu. Irene melihat susuk tubuh lelaki dihadapanya,
YOU ARE READING
Save Me !
RandomDaniel yang baru sahaja pulang dari Canada setelah 11 tahun menetap di negara itu tidak lagi mudah tersenyum seperti yang biasa dia lakukan ketika kecil. Sejarah hitam menghantui dirinya sehingga membuatkan Daniel sedemikian. Irene merupakan rakan D...