MAMPUKAH AKU

219 13 1
                                    

TITLE : MAMPUKAH AKU...
WRITTEN BY : FERRA RICHARD
COVER BY : JOVINIA GEORGE LIDUIN LAJAWA
PUBLISHED DATE : 4/10/17
PAGE LINK : FERRA FR Borneo Writer
WATTPAD LINK : @ferrarichard

Part 1

Nama aku Monica.. Aku berkahwin di awal usia 16 tahun dan sekarang aku sudah berumur 20 tahun dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil-kecil lagi... Aku ingatkan dulu berkahwin awal tu seronok sangat.. Aku tak ingat pun nak belajar baik-baik dan dapatkan kerja yang baik.. Dalam fikiran aku hanya nak kawin saja..

Aku tau pasti ramai yang kecam kat aku kan.. Tak apa memang ni salah aku juga.. Aku tak pernah terlintas pun nak marah kat reader yang kecam kat aku..

Sebenarnya cerita aku ini bermula, sebelum aku mendapat title ibu tunggal ni. Hidup aku 4 tahun yang lalu sangat bahagia sehingga suami aku mendapat masalah kewangan dan memaksa dia untuk meminjam wang dari Along (tempat meminjam wang dari agensi tak berlesen) untuk dijadikan modal berniaga. Namun begitu, tiada keuntungan yang diperolehi dari berniaga malah kerugian lagi yang kami dapat.

Lepas itu, setiap hari orang suruhan Along itu datang kat rumah nak minta wang tapi kami tak mampu nak bayar jadi suami aku kena belasah dengan teruk.. Dan tiba-tiba satu hari itu suami aku dah tak balik-balik kat rmh lagi sampai lah sekarang.. Entah lah masih hidup lagi ke tak? Dia biarkan aku sendiri hadapi semua ni... Kejam sungguh hati mu sayang.

Bermula dari sana hidup aku tak lagi bahagia dan sentiasa didatangi masalah. Nak menyesal pun dah tak ada guna lagi..

Aku tak tau macamana aku nak bertahan hidup ini dgn 3 orang anak yang Masiah kecil.. Dah lah aku ni tak ada apa-apa kelulusan akedemi dan pengalaman bekerja, macamana aku nak terus bertahan hidup??

Tetapi demi anak-anak, aku cuba bangkit dari kepompong hidup aku.. Dengan kudrat 4 kerat ni aku gagahi juga untuk teruskan hidup dan membesarkan anak-anak aku..

Aku tak kisah apa pun keja aku kena buat, asal boleh dapat duit untuk kami 4 beranak teruskan hidup ini... Setiap hari aku berdoa kat Tuhan agar sentiasa memberikan aku kekuatan dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup ni..

Kita ni sebagai manusia macamana pun kita kuat adakalanya kita tewas juga dengan orang yang berada di sekeliling kita. Ya aku akui memang ni lah yang terjadi kepada diri ku ni.

Banyak pekerjaan yang aku lakukan tetapi masih tidak dapat menampung kos sara hidup kami 4 beranak, apa lagi sekarang aku kena tanggung semua hutang yang suami aku tinggalkan.

Tau kan satu-satunya pekerjaan yang dipandang serong tu pekerjaan apa? Aku dipaksa oleh Along menjual tubuh badan aku ini untuk membayar hutang suamiku yg durjana itu dan juga katanya hanya pekerjaan ini yang tak memerlukan kelulusan akedemi dan pengalaman bekerja di samping dapat memberikan pendapatan yang lumayan. Memang pada mulanya aku tidak bersetuju tetapi aku tidak mempunyai pilihan, aku terakur terpaksa dengan kata- kata Along itu.

Walaupun ni bukan dari kehendak hati kita tetapi kalau sudah terdesak dan mahu mengambil jalan mudah, maka ni lah satu-satunya jalan yang kita ada untuk dapatkan wang yang banyak dalam beberapa jam sahaja bekerja..

Aku tak kisah apa orang nak kata tentang diriku ini, aku beri anak- anak aku makan duit haram kah? Sebab mereka bukan berada di tempat diriku ini. Mereka tidak rasa keperitan hidup yang aku alami.

Tamat Part 1
#ToBeContinue
#FERRARICHARD

MAMPUKAH AKUWhere stories live. Discover now