MAMPUKAH AKU....

145 6 1
                                    

TITLE : MAMPUKAH AKU...
WRITTEN BY : FERRA RICHARD
COVER BY : JOVINIA GEORGE LIDUIN LAJAWA
COVER RESOURCES : MR GOOGLE
PUBLISH DATE : 11/11/17
PAGE LINK : https://www.facebook.com/ferratot/
WATTPAD LINK : @ferrarichard

Final Part

Setelah beberapa tahun pemergian William dan kehidupan aku juga semakin baik dan berjaya.. Kini aku bukan saja ada kedai Jahit tapi aku juga membuka kelas jahit dan mengambil pelajar yang berminat nak belajar dengan mendalam lagi mengenai jahitan..

Syukur Tuhan semuanya berjalan lancar.. Aku tahu Engkau tak akan pernah tinggalkan aku sendiri... Biarpun William telah Engkau panggil tapi Engkau gantikan dia dengan orang-orang yang baik di sekeliling ku.. Paul, kak Mel dan keluarganya...

Aku tahu aku perlu kuat demi anak-anak kami... Aku tahu William selalu melihat kami dari atas.. Aku akan membesarkan anak-anak selagi tulang empat kerat ini mampu..

Pernah kak Mel bertanyakan kepada aku..

Kak Mel: Mon akak nak tanya tapi kak harap Mon tak ambil hati ya..

Mon: Ya kak tanya saja...

Kak Mel: Mon tak terfikir kah nak cari penganti William? Lagipun kak tengok Paul tu pun baik orangnya..

Sebelum aku jawab pertanyaan kak Mel.. Aku tersenyum lihat kak Mel

Mon: Akak Mon rasa biar lah Mon macam ini saja besarkan anak-anak.. Lagi kan Paul tu hanya Mon anggap sebagai kawan saja kak.. Paul faham keadaan Mon kak...

Kak Mel: Akak tahu Mon seorang yang tabah.. Apa pun keputusan Mon akak tetap sokong Mon.. Sebab akak sendiri anggap Mon macam adik akak...

Mon: Mon tahu kak biar pun William sudah tiada tapi Mon masih ada orang-orang yang sayang kan dan ambil berat dengan Mon... Mon juga masih dapat rasakan cinta William di hati Mon.. Pada anak-anak lah sumber kekuatan Mon kak..

Kak Mel terus peluk aku... Sama-sama kami menangis... Aku dapat rasakan keikhlasan hati kak Mel...

Tidak lama aku nampak ada kereta berhenti di depan rumah kami.. Tentulah orangnya Paul... Aku tersenyum dengan Paul..

Mon: Hai Paul.. Macam tahu-tahu saja kami tengah cakap tentang awak ini..

Paul: Aikkk... Cakap baik kah atau yang jahat-jahat... Cepat beritahu kalau takk...

Belum habis Paul cakap aku dah potong..

Mon: Kalau tak apa??? Nak merajuk ke?? Ahhahahah.... Awak ni malu lah depan kak Mel nak merajuk...

Paul: Monica awak ni ada-ada saja tahu... Tapi really Monica tanpa awak hidup saya tak akan ceria..

Mon: That's why saya nak awak jadi sahabat karib saya selamanya Paul... But if one day awak bertemu dengan seseorang yang boleh menjaga, menyayangi dan mencintai awak.. Jangan lupakan saya okey..

Paul: Harap lah Monica masih ada yang sudi mahu menerima diriku ini yang tak punya apa-apa..

Kak Mel pula menyampuk...

Kak Mel: Jangan risau lah Paul pasti ada yang mahu menerima diri awak... Kak sentiasa doakan awak akan dapat jodoh yang baik- baik satu hari nanti..

Paul: Yala kak mudah-mudahan dan saya juga harap saya tak akan kehilangan seorang sahabat yang baik macam awak Monica.. Tapi anak-anak awak Monica biarlah mereka menjadi anak-anak angkat saya.. Biarlah mereka memanggil saya sebagai ayah..

Aku hanya menganggukkan kepala sebab aku tahu kalau aku membantah pun Paul tetap dengan keputusannya..
Paul thank you so much because you always with me if i need someone to share my problem.. Awak juga yang tolong aku untuk jelaskan kedudukan aku kepada William.. Thanks my buddy.. Akhirnya hubungan aku dengan Paul hanya kekal sebagai sahabat karib selamanya..

Memang title sebagai ibu tunggal bukan senang... Ada-ada saja orang nak kata kat kita.. Tidak kira baik kah buruk tapi yang alami diri kita sendiri saja yang rasa.. Kita perlu kuat dan jangan lemah sebab jika kita lemah orang lain akan akan terus tertawakan kita..

Kepada ibu-ibu yang di luar sana yang ada title ibu tunggal jangan mudah mengalah dan cepat berputus asa.. Ingat Tuhan selalu ada untuk bersama dengan kita... Hanya kita perlu percaya dan berdoa Tuhan pasti mendengar... Dia tak akan pernah sesekali tinggalkan kita sendiri.. Pasti ada gantinya jika Dia mengambil seseorang... Dia ambil seorang teman kita tapi Dia gantikan dengan orang-orang yang sayang dan ambil berat tentang kita yang selalu menolong dalam hidup kita...

Kepada William terima kasih kerana awak pernah hadir dalam hidup ku dulu.. awak pernah sayang, cintai dan memberikan anak-anak yang baik dalam perkahwinan kita tapi disebabkan salah faham semuanya musnah... Dan bila awak sedar awak cuba memberikan kami kebahagiaan walaupun hanya dari jauh... Doa aku tak akan pernah putus buat mu sayang...

TAMAT..

Maka tamat lah sudah Story MAMPUKAH AKU... Semoga story ini dapat memberikan kita pengajaran dalam hidup kita.. Tidak semestinya kita ini sebagai ibu tunggal kita tidak boleh berjaya.. Harus yakin dan percaya pada diri sendiri pasti membuahkan hasil yang baik...

Kepada William Rest In Peace.. Semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Amen

Kepada follower yang sudi follow story ini thank you very much tanpa kamu siapa lah saya...

Bah next story saya jangan lupa follow ya WHY ME???

# FERRARICHARD

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 11, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAMPUKAH AKUWhere stories live. Discover now