MAMPUKAH AKU...

84 6 1
                                    

TITLE : MAMPUKAH AKU...
WRITTEN BY : FERRA RICHARD
COVER BY : JOVINIA GEORGE LIDUIN LAJAWA
COVER RESOURCES : MR GOOGLE
PUBLISH DATE : 10/11/17
PAGE LINK : FERRA FR Borneo Writer
WATTPAD LINK : @ferrarichard

Part 13

Aku jadi heran kenapa Paul membawa aku ke hospital ini.. Siapa yang sakit? Aku terus bermain kata-kata dalam fikiran ku.. Aku jadi amat binggung dengan keadaan sekarang.. Siap Paul parking kereta, kami turun dan berjalan masuk ke dalam hospital..

Sampai di pintu bilik wad Paul membuka dan serentak itu kami masuk.. Aku begitu terkejut sekali bila melihat sekujur tubuh yang baring diatas katil itu... Aku terus menoleh ke arah Paul dan dia hanya menganggukkan kepala.. Aku seperti tidak percaya dan aku tidak tahu sejak bila Paul berhubung dengan WILLIAM and yes that true William yang terbaring di atas katil dengan penuh wayar-wayar yang menyambung di tubuh nya..

Dan kondisi William sekarang sangat kritikal bila-bila masa saja dia akan pergi buat selama-lamanya.. Sebab itu pihak hospital menghubungi Paul... Paul bawa aku mendekati William mulanya aku tidak mahu tapi melihat dirinya seperti itu aku kuatkan diri ini..

Aku berdiri di sebelah katil William.. Aku tgk dia seperti ada sesuatu dia nak katakan aku buka mask oksigen di mukanya dia cakap dengan aku..

Will: Monica... maafkan... saya... sudah... banyak... menyusahkan... hidup.. awak... saya... tidak... layak... untuk... awak... saya... menyesal... Monica... ampunkanlah... saya...

Aku hanya menganggukkan kepala sebab aku sudah tidak dapat berkata-kata hanya air mata saja yang mengalir dengan lajunya.. Selepas saja William katakan itu dia toleh ke arah Paul dan Paul menggenggam tangan William seolah-olah faham yang dimaksudkan pandangan William itu...

Tiba-tiba William seperti meraung kesakitan.. Dengan pantasnya Paul memanggil doktor aku yang melihat keadaan William bertambah kuat aku menangis.. Ya walaupun William bukan suami aku lagi tapi dia pernah menjadi sebahagian dalam hidup aku dan suatu masa dulu dia adalah insan yang pernah bertahkta di hati ini dan dia juga masih bapa kepada anak-anak aku..

Sampai saja doktor terus jururawat itu menyuruh kami tunggu di luar bilik... Aku dapat rasakan debaran di hatiku di saat menanti doktor yang merawat William lebih kurang 30minit kemudian doktor keluar dari bilik itu.. Doktor itu memberitahu kami agar tabah sebab William tidak dapat diselamatkan...

Aku cuba kuatkan diri ku agar aku tidak lemah.. Aku tahu Tuhan lebih sayangkan William.. Tak apa William awak pergi lah dengan tenang.. Aku sudah lama memaafkan dirimu...

Setelah pengebumian William selesai.. Maka kami semua pun balik ke rumah.. Sampai saja di rumah aku nak bertanya dengan Paul bagaimana dia boleh berhubung dengan William.. Paul tengok aku.. Aku terus berkata..

Mon: Paul saya nak tanya macamana awak boleh berhubung dengan arwah William?

Paul: Monica sebenarnya selepas sahaja selesai kamu bercerai saya pergi menemui William sebab malam masa awak berjumpa dengan nya saya sudah mendengar semua tuduhannya terhadap diri mu.. Saya jelaskan semua kepada William memang pada mulanya dia tidak percaya tapi saya tak putus asa sebab saya rasa perlu bersihkan nama awak Monica dari terus William salah faham.. Saya cuba yakinkan dirinya dan akhirnya dia terduduk baru dia sedar akan kesilapan nya dan dia sangat menyesal sebab katanya dia sudah lukai insan yang betul-betul setia dengannya...

Mon: Tapi kenapa dia tidak pergi mencari saya lagi Paul?

Paul: Sebab dia kata dia malu untuk berdepan dengan awak Monica.. Dia terlalu berdosa dengan awak Monica... Katanya lagi biar lah dari jauh dia menjaga awak dan anak-anaknya...  Dan satu perkara lagi yang perlu awak tahu.. Sebenarnya dia yang menyuruh saya agar awak pergi mengambil peperiksaan SPM dan bila dia mendapat tahu awak masuk ke Giat Mara mengikuti kursus menjahit dia sangat happy sebab katanya itu adalah bakat terpendam awak dia tahu awak memang bagus dalam bidang jahitan.. Apa lagi bila dia tahu awak mahu membuka kedai jahit dia lah yang memberi modal untuk awak Monica dan bukan dari saya... Semua dia lakukan tanpa pengetahuan awak dan saya hanya orang perantaraan untuk melaksanakan tanggungjawabnya..

Aku betul-betul tidak menyangka begitu banyak yang William lakukan untuk aku dan anak-anak kami.. Tapi aku perlu tahu apa penyakit yang dia hidapi sampai dia pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami..

Mon: Paul apa sebenarnya penyakit yang dia hidapi?

Paul: Dia menghidapi barah usus stage 4 sebab itu dia berusaha mahu melihat awak berjaya dalam hidup Monica dan melihat anak-anak nya membesar dengan baik... Dan ini lah yang saya nak beritahu awak kat pantai hari tu tapi tak sempat..

Tambah lagi air mata aku mengalir mendengarkannya... Sungguh tak ku sangka dalam diam dia menyembunyikan sakit yang dia hidapi sendiri... Betapa mulianya hati mu William.. Tuhan cucuri roh nya bersama dengan orang-orang yang beriman... Walau engkau telah pergi tapi kenangan kita bersama tetap aku abadikan selamanya.. Terima Kasih William engkau banyak mengajar aku tentang erti kehidupan...

Tamat Part 13
# ToBeContinue
# FERRARICHARD

MAMPUKAH AKUWhere stories live. Discover now