MAMPUKAH AKU

147 4 0
                                    

TITLE : MAMPUKAH AKU...
WRITTEN BY : FERRA RICHARD
COVER BY : JOVINIA GEORGE LIDUIN LAJAWA
PUBLISH DATE : 6/10/17
PAGE LINK : FERRA FR Borneo Writer
WATTPAD LINK : @ferrarichard

Part 2

Sebelum aku teruskan aku nak beritahu setiap umur anak-anak aku. Jangan terkejut ya sebab dulu suami aku tak nak aku pakai perancang keluarga kerana kata nya anak tu rezeki. Jadi aku pun ikut saja kata suamiku, sehingga jururawat yang merawat aku beri nasihat pun aku tak pernah ambil peduli.

Bayangkanlah setiap tahun aku mengandung, anak aku yang sulung belum sampai umur setahun aku dah mengandung. Syukur semua anak-anak aku lahir secara normal.. Anak sulung sekarang berumur 2 tahun 3 bulan, yang kedua 1 tahun 4 bulan dan yang bongsu baru 5 bulan.

Jiran-jiran aku di sini tak sukakan aku mereka terlalu membenci dan jijik dengan aku sampaikan ada yang mengatakan kat aku ni, "perempuan sundal tak hairan lah suami awak tinggalkan awak," setiap kali aku bertemu dengan mereka ada saja kata-kata mereka menyakitkan hati ku.

Aku tak tahu apa salah aku kat mereka. Setahu aku selama aku dengan suami aku tinggal bersama tak pernah aku nak menyusahkan mereka tetapi bukan semua seperti mereka.

Inilah yang selalu buat aku patah semangat dengan manusia-manusia seperti ini. Kenapa perlu menghakimi kehidupan orang lain??

Tetapi Tuhan itu tidak pernah membiarkan aku sendiri. Tuhan mengirimkan aku seorang hamba yang berhati mulia, dialah jiranku yang tinggal bersebelahan dengan rumah aku ni, dia sangat baik dan bila aku pergi bekerja dia lah yang menolong aku menjaga anak-anak aku tanpa meminta upah.

Namanya Melwendy tetapi aku hanya memanggilnya kak Mel. Kak Mel juga ada seorang anak berumur 10 tahun, nama anaknya Jeslina, suami kak Mel juga baik orangnya namanya Jones dan biasanya aku hanya memanggil Abg Jo. Mereka sudah menjadi sebahagian keluarga aku.

Memandangkan kedua orang tua ku dan keluarga ku sudah tidak menganggap aku sebagai anak dan membuang aku jauh dari hidup mereka, membuatkan aku terpaksa membawa diri pergi mencari haluan sendiri. Pada kak Mel sekeluargalah tempat aku mengadu nasib dan juga berkongsi masalah.

Satu hari tu, pada waktu petang aku dan kak Mel duduk bersembang di beranda rumah. Kak Mel tanya aku..

Kak Mel: Mon akak nak cakap boleh?

Mon: Ya kak, cakap saja.

Kak Mel: Mon akak tgk Mon selalu termenung jauh, Mon nak kongsi dengan akak kah? Mana tahu akak boleh tolong Mon.

Mon: Sebenarnya Mon rasa hilang semangat nak teruskan hidup ini kak, Mon kecewa dengan hidup Mon ni. Mon rasa maruah diri Mon tak ada sudah kak. Mon malu sebenarnya kerja macam ni tapi Mon tak punya pilihan kak. Apa lagi jiran-jiran kat sini selalu mengata Mon kak.

Kak Mel: Mon, kebahagiaan itu adalah mereka yang bangga menjadi dirinya sendiri Mon tanpa mengkhuatiri apa yang difikirkan orang lain pada dirinya. Lagi kan Mon jangan fikir orang yang kuat hatinya, mereka tak pernah menangis melainkan orang yang tetap tegar ketika banyak orang menyakitinya.

Mon: Tapi kak masalah Mon ni tak pernah putus, ada saja masalah yang datang. ( keluar lagi air mata aku mengenangkan nasib hidup aku ini).

Kak Mel: Setiap masalah yang datang bukanlah untuk menjatuhkan kita Mon tetapi untuk menguji seberapa sabarnya kita untuk bertahan menghadapinya. Ingat ya Mon ketika perkara buruk menimpa awak, jangan mengeluh Tuhan pasti mempunyai alasan Nya tersendiri, awak jalani saja dengan tabah dan jadikanlah peribadi awak yang kuat.

Mon: Terima kasih kak sebab kak selalu ada bila Mon perlukan sokongan seseorang disaat Mon bersedih.

Kak Mel: Mon jangan berkata seperti itu, akak dah anggap Mon macam adik akak sendiri. Dah lah tak nak tengok Mon menangis lagi ya, kuatkan hati Mon dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup Mon ya. Akak akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan ketabahan Mon. Ingat pada anak-anak Mon yang masih kecil-kecil lagi mereka masih perlukan kasih sayang dan perhatian dari Mon. Akak tahu Mon kuatkan.

Aku memeluk kak Mel dengan erat dan air mata aku masih lagi mengalir, terharu aku dengan kebaikan kak Mel yang tidak pernah putus memberikan aku semangat dan nasihat kepada diri ku ini. Semoga aku terus mendapat kekuatan dalam menjalani hidupku ini.

Tamat Part 2
#ToBeContinue
#FERRARICHARD

MAMPUKAH AKUWhere stories live. Discover now