MAMPUKAH AKU...

71 4 0
                                    

TITLE : MAMPUKAH AKU...
WRITTEN BY : FERRA RICHARD
COVER BY : JOVINIA GEORGE LIDUIN LAJAWA
COVER RESOURCES : MR GOOGLE
PUBLISH DATE : 25/10/17
PAGE LINK : FERRA FR Borneo Writer
WATTPAD LINK : @ferrarichard

Part 6

William side

Setelah beberapa bulan aku meninggalkan Monica sendiri dengan anak-anak aku, terasa sangat kosong hidup ku ini tanpa mereka di sisi. Aku tau aku salah sebab aku pergi macam tu sahaja tanpa memikirkan keadaan mereka di kemudian hari. Aku tau pasti Along tu akan mencari aku, sebab itu aku tekad untuk mencari pekerjaan yang lebih baik untuk membayar semua hutang aku kepada Along..

Maafkan aku Monica sayang, bukan aku tak cintai dan sayangi awak sayang tetapi aku juga sudah bosan dengan kehidupan kita yang dipenuhi dengan hutang. Aku sangat bersalah terhadap dirimu dan anak-anak kita tapi aku janji sayang suatu hari nanti aku akan kembali dan bila aku kembali masa tu aku akan bawa kesenangan dalam hidup kita.

Aku harap sangat agar sayang setia menanti kepulangan aku ya. Aku tau mungkin kepulangan aku nanti akan menambah kemarahan dirimu sayang tetapi aku akan cuba untuk memenangi lagi hati mu semula sayang. Aku sangat merindui mu sayang.. Aku juga merindui anak-anak kita.

Apa yang penting sekarang aku kena bekerja keras untuk mengumpul wang sebanyak yang mungkin, agar aku segera dapat berjumpa dengan keluarga aku yang sangat aku rindui. Pasti anak-anak aku juga sudah besar semua. Walaupun pada mulanya terasa perit dengan keputusan yang aku buat ini tapi aku terpaksa demi untuk isteri dan anak-anak aku agar dapat hidup senang.

Aku teringat kembali kenangan kami mula-mula kami mahu berkahwin dulu dan hubungan kami tidak pernah direstui oleh kedua orang tua Monica kerana masa itu umur Monica baru 16 tahun, Monica sanggup berkorban untuk bersama dengan aku, mula dari sana selepas kami dikahwinkan kedua orang tua dan keluarga Monica telah membuang Monica dari keluarga nya.

Aku sangat kasihan kepada Monica, macam mana sekalipun Monica merayu kepada kedua orang tuanya dia tetap tidak diterima lagi. Aku bawa Monica keluar dari rumah itu dan aku berjanji aku akan menjaga, mencintai dan menyayangi dia sampai hujung nyawa aku tapi segala-galanya berubah. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan yang menentukan segala-gala dari Tuhan yang mahakuasa.

Beberapa bulan selepas kami kahwin Monica disahkan mengandung. Teringat masa pertama kali aku akan menjadi seorang bapa gembiranya hati aku. Aku sudah tidak sabar-sabar menanti kelahiran anak sulung kami. Masa yang dinanti-nantikan pun tiba, Monica selamat melahirkan anak sulung kami.

Selepas sebulan umur anak sulung kami, aku telah membawa Monica dan anak kami pergi ke klinik. Masa jururawat memeriksa Monica jururawat tu menasihati agar Monica mengamalkan perancang keluarga untuk menjarakkan kehamilan tapi aku yang tidak mahu Monica mengamalkan perancang keluarga, kerana bagi aku kalau Tuhan sudah mahu memberikan rezeki maka kita kena menerimanya walaupun hidup kita susah. Kerana anak itu pembawa rezeki  buat kita.

Dan selepas 6 bulan sekali lagi Monica disahkan mengandung anak kedua kami. Wah bertambah gembira la hatiku. Seperti biasa aku yang terlebih teruja mahu menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Selepas beberapa bulan Monica selamatkan melahirkan anak kedua kami. Bertambah meriah lah rumah kami selepas ini.

Seperti biasa bila berumur 1 bulan aku akan membawa Monica dan anak kami pergi ke klinik dan sekali lagi jururawat tu menasihatkan Monica agar mengamalkan perancang keluarga namun aku masih berkeras tidak mahu Monica mengamalkannya. Begitu lah sampai anak kami yang ketiga.

Yang sedihnya kami menghadapi masalah kewangan yang sangat teruk sampai aku terpaksa meminjam wang dari Along dan aku ingatkan setelah meminjam wang dari Along aku mahu memulakan berniaga kecil-kecilan tapi nasib tidak menyebelahi aku dan sekali lagi aku gagal dan aku juga sudah tidak sanggup lagi terus menerus dibelasah oleh orang-orang suruhan Along sebab tu aku tekad mahu mencari pekerjaan yang lebih baik.

Syukur akhirnya aku mendapat pekerjaan sebagai OP Show (pengali minyak petroleum laut dalam). Selama aku bekerja aku cuba untuk bertahan dari bercuti kerana bagi aku bila saja duit aku cukup aku mahu berhenti dan kembali bersama dengan isteri dan anak-anak kami. Mudah-mudahan Tuhan akan berikan aku peluang untuk membahagiakan isteri dan anak-anak kami dari hidup yang susah lagi.

Monica sayang aku doakan agar engkau tetap setia menanti kepulangan aku lagi di dalam hidup mu..

Tamat Part 6
#ToBeContinue
#FERRARICHARD

MAMPUKAH AKUWhere stories live. Discover now