MAMPUKAH AKU...

80 5 0
                                    

TITLE : MAMPUKAH AKU...
WRITTEN BY : FERRA RICHARD
COVER BY : JOVINIA GEORGE LIDUIN LAJAWA
COVER RESOURCES : MR GOOGLE
PUBLISH DATE : 27/10/17
PAGE LINK : FERRA FR Borneo Writer
WATTPAD LINK : @ferrarichard

Part 7

Eric Side

Sejak aku bertemu dengan Monica hidup aku kembali ceria dan bahagia.. Setelah sekian lama aku tidak merasakan nya.. Aku sendiri tidak sedar macamana semua ini boleh berlaku.. Masa berlalu sangat pantas.. Isteri aku sendiri tidak pernah kisah kan hal kami atau aku yang tak sedar apa yang isteri aku buat untuk pulihkan hubungan kami..

Tetapi bila Monica mengambil keputusan mahu menamatkan hubungan kami.. Aku rasa sangat kecewa sebab aku sudah plan segala-galanya.. Aku mahu mengahwini Monica dan aku tidak tahu sama ada betul keputusan yang dibuat tu dari dirinya sendiri atau dipengaruhi oleh orang lain.. I know she well..

Bila dia ingat kan aku yang hubungan kami ni tiada penghujungnya.. Aku rasa benda ni boleh dipertimbangkan tetapi Monica tetap berkeras tidak mahu teruskan hubungan kami ini.. Biar aku merayu macamana pun dia tidak peduli...

Terasa sangat kejam sikap mu Monica.. Kau tahu tak betapa aku sangat mencintai dirimu.. Aku tidak pernah kisah tentang dirinya... Yang aku tahu aku sangat perlukan seseorang untuk memberikan aku sokongan dalam hidup ku ini.. Aku tidak sanggup kehilangan dirinya.. Monica juga mengingatkan aku tentang status kami ini yang kami masing-masing isteri dan suami orang lain..

Betapa bodohnya suami Monica kerana meninggalkan Monica begitu sahaja.. Tetapi aku sangat salute Monica sebab dia sangat tabah dalam menjalani kehidupan nya yang masih muda dan anak-anak yang masih kecil.. Aku tidak tahu kuasa apa yang dia pakai sampai dia boleh bertahan begitu tabah dalam menempuh dugaan dan cabaran hidupnya.. Klu aku memang lama sudah aku tewas..

Aku harap keputusan yang dia buat ini akan memberikan dia kebahagiaan dalam hidupnya.. Aku berharap suatu hari nanti dia akan menemui seseorang yang boleh menjaga dan menyayangi dia sepenuh hati.. Aku cuma dapat perhatikan dia dari jauh mulai sekarang sebab ini lah keputusan Monica dan semoga saja hubungan aku dan isteri aku Ellyana dapat dipulihkan seperti dahulu..

Kini aku sedar apa yang Monica katakan ada benar nya.. Kenapa tidak aku berbincang dengan isteri aku untuk mencari penyelesaian masalah hubungan kami ini..

Ellyana.. Dia insan yang pernah aku puja.. yang pernah aku sayang sepenuh hati suatu ketika dahulu.. Kenapa bila ada masalah aku tidak pernah cuba untuk cari punca keretakan rumahtangga kami.. Ini lah kelemahan diri ku... Aku cuma mengambil jalan mudah untuk meninggalkan dia sendiri.. Tanpa pernah bertanya apa yang telah dia usahakan demi memulihkan keretakan ini.. Adakah kamu rasa aku ini seorang suami yang hanya mementingkan diri sendiri??

Aku tidak pernah kisah tentang perasaan Ellyana bila aku buat tidak peduli tentang dirinya malah aku lebih mengambil berat tentang diri Monica.. Padahal aku pun tidak kurangnya bodoh seperti suami Monica meninggalkan dia bila menghadapi masalah hidup.. Apakah semua lelaki di luar sana sama seperti diri ku dan suami Monica??

Yang mudah sangat mengalah dan berputus asa tanpa berusaha terlebih dahulu untuk perbaiki hubungan dan masalah yang kami hadapi.. Aku mahu balik ke rumah aku cari Ellyana kali ini aku tekad mahu selesaikan masalah kami.. Terima kasih Monica kerana engkau telah menyedarkan diri ku dari terus membuat kesilapan dalam hidup ku ini..

Aku bersyukur kerana dapat mengenali Monica seorang wanita yang tidak pernah pentingkan diri nya sendiri.. Sanggup dia memilih menderita dari dia menghancurkan kebahagiaan hidup orang lain..

Monica bukan wanita biasa yang pernah aku kenal, biarpun aku mengharapkan hubungan kami lebih jauh tapi Monica sering memberikan aku nasihat agar aku tidak pernah lupa aku punya isteri yang masih menanti diri ku... Yang masih mengharapkan aku untuk kembali kepadanya..

Tamat Part 7
# ToBeContinue
# FERRARICHARD

MAMPUKAH AKUWhere stories live. Discover now