Bila teringatkan kembali masa lalu, mesti seronok lebih-lebih lagi apabila waktu masih sekolah bersama-sama dengan teman karib.
Itulah yang selalu difikirkan oleh Jin yang sekarang ini berada di pusat pemulihan. (Pusat pemulihan ni bkn pusat yg utk orang ambil dadah tu. Tempat ni untuk memulihkan ingatan pesakit yang trauma)
Semua kenangan Jin bersama sahabatnya memang seronok. Tetapi tidak semua keseronokan boleh dirasa setiap masa.
Keseronokan Jin bersama sahabatnya telah hilang apabila satu kejadian yang menimpa mereka semua menyebabkan sahabat Jin hilang nyawa di satu hutan yang terpencil di pinggir kota Seoul. (Harap korang faham dgn bahasa author ni😅)
Ianya bermula apabila Jungkook mencadangkan mereka untuk pergi ke sebuah hutan untuk melakukan aktiviti perkhemahan.
Pada mulanya Jin dan Yoongi menolak, tetapi setelah dipujuk dan dipaksa oleh Jimin dan Taehyung, akhirnya mereka berdua bersetuju. Hoseok dan Namjoon pula memang sudah bersetuju dari awal.
Taehyung telah memilih tarikh untuk hari perkhemahan mereka itu, iaitu pada hari Sabtu, 20 November.
Kesemua mereka bersetuju dgn pemilihan tarikh itu kerana kesemua mereka memang free. Hujung tahun tak bnyk sangat kerja yang pensyarah bagi.
Pada hari Khamis, dua hari sebelum mereka pergi, ketujuh-tujuh mereka berkumpul di Starbuck. Mereka mahu bercakap sedikit mengenai perkhemahan yang akan mereka lakukan itu.
Lokasi sudahpun dipilih oleh Jungkook. Ianya sebuah hutan yang berada di pinggir bandar Seoul, iaitu The Cruel Jungle. (Author main bantai jer.. Hutan tu tak wujud pun)
"Kookie, kau mmg btl² pasti ke nak pergi ke hutan tu?" Soal Jin sedikit risau. Dia melihat wajah sahabatnya satu per satu dan di akhiri dgn wajah Hoseok yg juga sedikit risau.
"Aaa hyung.. Jgn jdi penakut sangatlah.. Tak ada apa² kat hutan tu.. Geokjeonghajima.." Balas Jungkook selamba lalu menghirup air.
"Kau yakin sangat ke Kook? Sebelum ni kan ada cerita pasal dua orang wartawan yang pergi ke situ sebab nak buat berita pasal hutan tu.. Maklumlah hutan tu kan terpinggir lepas tu jarang pulak org ke situ.." Suara Yoongi yang lama berdiam diri.
"Then.. Apa jadi kat wartawan tu?" Soal Jimin ingin tahu. Tidak pernah dia mendengar berita itu.
"3 hari wartawan tu tak balik.. Punya risau, syarikat diorang buatlah laporan kat polis.. Then polis buat pencarian kat hutan tu.. Polis jumpa mayat diorang jer dalam keadaan yang ngeri.. Tak silap sorang wartawan tu hilang kepala dan sorang lagi hilang badan..
Bahagian kaki jer yang jumpa.. Polis buat siasatan tapi tak jumpa apa² bukti yang boleh dikaitkan dgn pembunuhan tu.. Memang tak jumpa bukti, cap jari pun takde.."terang Yoongi panjang lebar. (Wah😍tak sangka Yoongi sebijak tu😂ok mian..author melebih)
Kesemua mereka memandang antara satu sama lain, kemudian memandang kearah Yoongi yang sedang pouts.
"So Kookie.. Kau still nak teruskan kat hutan tu?" Soal Hoseok pula. Riak takut makin terserlah di wajahnya.
"Gwaenchanha.. Teruskan jer.. Mungkin diorang jumpa binatang buas.." Balas Jungkook tidak mahu mengalah.
"Yah Jungkook! Binatang buas itulah masalah kita! Kau kena?" Soal Namjoon sedikit lantang. Dia tidak mahu nasib mereka sama seperti wartawan yang malang itu.
"Alahhh hyung.. Pandai²lah kita elak nanti.. Yg penting nanti jgn masuk dlm sangat.. Dekat pinggir² hutan tu jelah.." Taehyung mula bersuara. Dia ttp mahu mengikut Jungkook.
"Majayo.. V setuju, aku pun setuju.." Sokong Jimin pula.
"Hmmm.. Ikut suka koranglah.. Kalau dah terkena nanti pandai² koranglah nak handle macam mana.." Jin akhirnya mengalah.
TBC
Mian kalau chap1 ni pendek..author takde idealah pulak😅
Jgn lupa voment✌ya..love from army😘
CHATROOM WITH BANGTAN
Author: korang nak tahu tak?
Yoongi: tahu apa?
author: mesti korang nak tahu ..
Jin: macam mana kitorang nak tahu kalau kau tak bagitahu..‾︿‾
author: tipulah kalau korang tak nak tahu
Namhopekookvmin: bagi tahu jelah bodoh -_-#
author: *bagi makanan tauhu* nah(─‿─)
Bts: kejar dia!!
author: *lari mengalahkan Usain Bolt sambil ketawa besar* 😂😁😁
Yoongi: shit kau author!
YOU ARE READING
REMEMBER : THE CRUEL JUNGLE
Fanfiction"Ingatanku masih segar lagi ketika bersama rakanku. Semoga korang aman di atas sana" *slow update-﹏-*