~Sementara di base M.A.T.A...~
Semua ejen telah bersiap sedia untuk menyelamatkan Ali.
"Tapi macam mana kita nak cari dia?"tanya Aiman.
"Hayoo..tu pun tak tau ka?Kita jejak dia la.kan ada alat penjejak di setiap sut ejen."terang Maya dengan marah.
"Ouhhh...okok..jangan marah.."ooohhhnya..
Kembali kepada Ali dan Alicia,mereka berdua masih merancang bagaimana untuk melepaskan diri daripada Uno.
Uno pula meradang kerana Alicia telah menipunya dan melepaskan Ali.
"Argh!!Pergi tingkatkan sekuriti di sini,kunci tempat ni supaya mereka tak boleh larikan diri.Aku nak korang laporkan pada aku.Pergi cepat!"jerit Uno.
Siren pun berbunyi kuat.Ali dan Alicia perlu segera melarikan diri agar pintu pagar di hadapan tidak dikunci.Mereka pun terus melarikan diri tanpa sebarang perancangan.
Malangnya pintu itu ditutup automatik,mereka berdua telah terperangkap.Uno pula ada di belakang mereka.
Dos dan Trez menyerang mereka berdua,manakala Rizwan dan Uno hanya melihat sahaja.Ali dan Alicia mempertahankan diri buat sementara.
Pertarungan mereka amat sengit hingga Dos dan Trez kalah.
"Berhenti,kalau tak aku tembak dia."kata Uno sambil mengacukan pistol pada Ali yang berada jauh itu.
Lalu Alicia melindung Ali dan berkata,"Kalau kau nak bunuh dia,kau kena bunuh aku dulu!"jerit Alicia.
"Ok,kalau macam tu.Aku takkan bunuh dia."Uno alihkan pistol itu lalu acukan kepada Alicia dan tembaknya.
Alicia jatuh dengan peluru di perut nya.
"Alicia!"jerit Ali.
Pada masa yang sama,pintu pagar kubu Uno meletup.Ejen-ejen M.A.T.A segera serang Uno,tetapi Dos telah menggunakan sebuah objek yang menggelapkan sekitar tempat.Lalu mereka pon larikan diri.
Aiman dan Maya telah menjumpa Ali.Aiman peluk dengan lega setelah kawan baiknya selamat.
Maya pula pergi mencari Alicia.Kelihatan Alicia sedang tercungap-cungap dengan darah yang keluar dari mulut.
"Alicia!!"jerit Maya dengan terkejut.
Aiman dan Ali terdengar jeritan Maya lalu pergi kepada nya.
Maya meletakkan kepala Alicia di pehanya dan memegang tangan nya.
"Hah?Adik!"jerit Aiman juga.
"Apa dah jadi ni ,Alicia...mengucap ye.."kata Maya sambil menangis.
Maya menutup luka di perut Alicia menggunakan tangannya.
Sambil itu Alicia mencuba untuk mengucap.
Ketika itu,Maya menjerit "Tolong!Bantuan diperlukan!!".
Alicia memandang muka kawan-kawannya itu lalu mengukir kan senyuman.Dia membisik di telinga Maya,"jaga diri tau." dan "jaga kelakuan dengan Maya tu tau abang,luahkan je cinta tu kat dia.."bisik Alicia pada abangnya.
Lalu dia alihkan kepala nya untuk melihat lengan nya yang diukir dengan pisau itu.Kelihatan matanya mengalir air mata dan mata nya sudah tidak berkelipkan matanya.
Maya menangis manakala Ali sedih kerana musuh di sekolahnya telah pun tiada.
"Mungkin,kita patut tutup mata dia?"bisik Aiman pada telinga Maya.
Maya hanya mampu mengangguk sahaja.Lalu Aiman menutup mata adiknya itu.
Paramedik sudah sampai untuk membawa Alicia ke hospital M.A.T.A.
Mereka sedang membedah Alicia dan cuba untuk menganalisis badannya.
Dan mereka meletakkan Alicia di wad.
~Bersambung~
Ok guys..korang mesti pahamkan macam mana Alicia boleh ‘mati'..ok..so nanti akan ada part 2 pulak...