Cuba kita recheck balik diri kita .
Apa punca Allah tarik nikmat dan kebahagiaan hidup kita .
Apa punca Allah tarik kelebihan , rezeki dalam hidup kita .Kenapa?
Recheck balik hati kita .Allah sebenarnya nak kita sedar suatu perkara .
Betapa pentingnya solat, betapa pentingnya mengingati Dia .Nampak tak macam mana Allah menegur kita? Allah bagi hikmah dia . Allah bagi petunjuk dia .
Allah nak kita sedar, sebaik-baik tempat memohon rezeki, meminta dilindungi, dirahmati dan diberi limpahan kebahagian yang hakiki semuanya terletak pada Dia .
Nak rezeki, solatlah . Nak bahagia, solatlah . Nak tenang, solatlah . Nak selamat, solatlah . Nak apa-apa pun, solatlah.
Semuanya depends on 'kesempurnaan solat'.
Sempurna solat letak pada sempurna wudhuk. Sempurna wudhuk letaknya pada sempurna bersuci.
Kita mudah lupa pada Allah. Kita tak kusyuk dan hayati betul-betul kalimah yang kita sebut ketika 'bertemu' dengan Dia.
Kita boleh tahu macam mana status solat kita. Adakah solat kita sempurna, wudhuk sempurna, bersuci sempurna?
Kalau ketiga-ketiga prinsip itu sempurna, insyaAllah kita akan mudah mendapat redha, berkah dan hidayah serta doa kita akan dimakbulkan Tuhan.
Kalau betul nak lepaskan diri dari segala masalah, tunduk dan sujudlah pada sejadah yang sedang terlipat kemas itu.
Mohonlah pada Dia.
Minta kekuatan hati pada dia.
Mintalah agar dipermudahkan segala urusan kita.Jangan anggap doa ni tak penting. Jangan anggap usaha tu tak penting.
Kedua-dua benda ni kena saling balance.Bila ada usaha, ada doa, muncul pula tawakal.
Tawakal ni adalah sifat sesudah kita mengusahakan sesuatu.
Sifat yang mana kita yakin plan Allah adalah yang terbaik.Kalau kita kalah, tak pula sedih.
Kalau kita jatuh, tak pula merintih.
Itulah tawakal.Asalkan kita ada pergantungan dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah, insyaAllah tak ada apa yang mampu menghalang.
Yang penting, berdoalah. Recheck kembali kenapa Allah turunkan ujian buat kita.
Ada ibrah, ada hikmah.
Dan,Yang pasti, senyum dan banggalah kerana itulah petanda Allah sayang dan cintakan kita.
Salam fihifzillah.
#Islam Talk 🌸
YOU ARE READING
Islam Talk
SpiritualDiri ini sedar layaknya dimana harus berdiri . Tuturku banyak yang sia-sia . Hati daif tentang makrifat-Nya Iman senipis kulit bawang . Sering kali goyah kala ujian menyapa . Aku hanya hamba Allah yang lemah . Selalu hilang ditengah tenatnya dunia...