Ramai yang sangkakan rezeki itu bila dapat menghasilkan wang, urusan pekerjaan lancar, banyak duit simpanan, banyak harta.
Tetapi makna yang sesuai yang tertera dalam alquran dan hadis , ternyata kita salah salah.
Ternyata,
▪Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezeki▪Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjamaah di Masjid, adalah rezeki.
▪Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.
▪Ada rakan2 yang soleh & solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.
▪Saat keadaan sukar penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika keadaan sebaliknya, boleh membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri.
▪Punya ibu bapa yang selalu sakit adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.
▪Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.
▪Dan mungkin ada jutaan bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak sedari.
Justeru yang harus kita waspada adalah ketika hidup kita penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.
Allahurabbi . Muhasabah diri .
#TarbiahSantai 🌸
YOU ARE READING
Islam Talk
SpiritualDiri ini sedar layaknya dimana harus berdiri . Tuturku banyak yang sia-sia . Hati daif tentang makrifat-Nya Iman senipis kulit bawang . Sering kali goyah kala ujian menyapa . Aku hanya hamba Allah yang lemah . Selalu hilang ditengah tenatnya dunia...