Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kita lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan. Panas? Takpa panas sikit di dunia, asalkan tak panas di sana.
Kaki pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.
Tudung tu. Tak kisah kita nak pakai jenis yang macam mana pun. Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal. It's up to you. Tapi Allah suruh tutup dada. Ulang. Tutup dada. Apa salahnya kita labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan dari saya.
Baju/kain/seluar tu. Saya tau kita masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Saya faham. Ada rasa teringin itu ini. Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya.Tak ketat, tak jarang, tak singkat.
Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan. Maha Suci Allah. Tepuk dada, tanya iman. Kita, saya, awak adalah Islam.
Tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti/aliran agama sahaja . Islam tu untuk SEMUA.
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita. Tetapi malulah jika kita tidak menutup aurat .
#TarbiahSantai 🌸
YOU ARE READING
Islam Talk
SpiritualDiri ini sedar layaknya dimana harus berdiri . Tuturku banyak yang sia-sia . Hati daif tentang makrifat-Nya Iman senipis kulit bawang . Sering kali goyah kala ujian menyapa . Aku hanya hamba Allah yang lemah . Selalu hilang ditengah tenatnya dunia...