Ramai manusia berusaha untuk bahagia . Namun, tidak ramai yang mengecapi nikmatnya .
Ramai manusia mencari bahagia di celahan wang ringgit dan kumpulan harta, kereta yang mewah pelbagai koleksi, rumah bertingkat-tingkat tidak cukup dengan satu, pakaian yang berjenama setiap bulan beli baru.
Namun, ada juga yang mencari bahagia dengan pangkat, gelaran dan nama . Ada yang ingin bertemu bahagia apabila namanya disebut-sebut manusia .
Tetapi kebahagian yang sebenar bukanlah semua itu . Kebahagian yang dijumpai itu hanyalah sekejap waktu andainya tidak disandarkan kepada Yang Maha Kekal , iaitu Allah . Tuhan sekalian Alam .
Kebahagian sebenar milik Allah . Mintak padanya 😊❤
#TarbiahSantai 🌸
YOU ARE READING
Islam Talk
SpiritualDiri ini sedar layaknya dimana harus berdiri . Tuturku banyak yang sia-sia . Hati daif tentang makrifat-Nya Iman senipis kulit bawang . Sering kali goyah kala ujian menyapa . Aku hanya hamba Allah yang lemah . Selalu hilang ditengah tenatnya dunia...