Islam Talk 19 🌸

24 1 0
                                    

Allah telah menyatakan dalam Al-quran panjang tentang ayat berhutang . Di dalam surah Al-Baqarah ayat 282

Bila makan, ada adabnya . Bila tidur, ada adabnya . Begitu juga bila berhutang, ada adabnya .

3 cara beradab apabila kita berhutang .

Yang pertama, dengan mencatat apa yang kita hutangkan itu . Kita lihat berapa ramai hari ini masyarakat yang tidak melangsaikan hutang mereka kerana apa ? kerana yang mencatat hutang tersebut hanya orang yang memberi hutang tetapi orang yang berhutang tidak mencatatkan hutang tersebut . Lihat, betapa indahnya islam itu sehinggakan dalam berhutang ada sistemnya .

Cara yang kedua iaitu kita membayar hutang pada waktu yang telah dijanjikan . Disebut dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh HR Bukhari dan muslim " Barangsiapa yang tidak menepati janji , mereka akan dilaknat oleh Allah SWT , malaikat dan seluruh manusia dan pada mereka tidak diterima taubatnya . "

Yang ketiga , pihak yang memberi hutang tidak boleh memakan riba . Ditafsirkan dari surah Al-Baqarah ayat 275 bahawa Allah telah menyatakan Barangsiapa yang memakan hutang , mereka akan dibangkitkan dari kubur dalam keadaan yang sangat takut , mereka akan dibangkitkan dari kubur seperti dirasuk oleh syaitan kerana penyakit gila . Mereka akan dibangkitkan dalam keadaan gerun , takut kerana mereka tahu akan ada satu balasan besar yang menimpa mereka

@daiadneen
#TarbiahSantai 🌸

Islam TalkWhere stories live. Discover now