" aku mahu kejar cinta yang sebenarnya "
Suatu hari , seorang ajnabi telah menghantar satu chat kepada kau . Kau rasa happy, kau rasa macam saling memahami . Kau rasa dia dapat mengisi rasa bosan dan mula rasa cinta dihati ️. Perasaan, perasaan suka kepada dia makin terasa . Kau harap yang dia akan jadi milik kau . Tapi engkau terhalang dengan dua perkara ajnabi dan Allah swt . Kau tahu itu zina , dan dalam masa yang sama juga, kau sukakan dia . Kau keliru dengan perasaan sendiri . Lalu terdengar satu suara yang datangnya dari hati kau sendiri ️. La taqrobuz zina !
jangan kamu hampiri zina .Dan dari situ kau akan faham , cinta , Ada satu cinta yang kekal dan istimewa didalam hati engkau CINTA ALLAH SWT 💞 . Dengan itu engkau menunaikan solat istikarah memohon petunjuk dariNya . Akhirnya kau tinggalkan ajnabi yang kau sayang demi mengejar cinta yang satu . Cinta hakiki iaitu CINTA ALLAH SWT ❤ .
Jika dia jodohkau , Allah akan ketemukan jua . Inshallah .
#QuotesDakwah 💞
YOU ARE READING
Islam Talk
SpiritualDiri ini sedar layaknya dimana harus berdiri . Tuturku banyak yang sia-sia . Hati daif tentang makrifat-Nya Iman senipis kulit bawang . Sering kali goyah kala ujian menyapa . Aku hanya hamba Allah yang lemah . Selalu hilang ditengah tenatnya dunia...