FOOLS (7)

195 4 0
                                    


Troye berjalan menyusuri pagar yang mengelilingi padang. Tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket.

Kenangannya bersama Adam bermain di minda.

"Kenapa semuanya harus jadi begini?" Kata hati Troye.

Troye berjalan sambil memandang ke hadapan. Kalau sahaja dia dan Adam kekal seperti dulu. Sentiasa bersama.

Kemudian, dari jauh dia nampak sepasang kekasih sedang berbual mesra sambil berjalan.  Adam dan seorang perempuan. mereka berbual sambil ketawa.

Troye semakin hampir dengan mereka. Mereka berselisih namun Adam langsung tidak menghiraukannya. Troye menoleh. Dia lihat Adam memegang erat tangan perempuan itu.

Troye memandang semula ke hadapan. Hatinya sakit tiba-tiba. Hancur berkecai. Nampaknya, Adam sudah meneruskan hidupnya. Dia sudah tidak perdulikan Troye.

~*~

Troye naik ke tingkat atas rumahnya dan berjalan ke arah balkoni rumah. Dia berdiri di situ.

Teringat memori terakhir, Adam menghantarnya pulang ke rumah. Dia memandang ke bawah, tempat Adam berhenti dahulu memandangnya ke atas.

"Nampaknya, kau dah lupakan aku.. Adam. Kau dah ada teman wanita." Troye bercakap sendiri.

"Kenapa? Kenapa mesti kau yang aku cintai?"

Blue Neighbourhood Where stories live. Discover now