Dari jauh, ayah Adam nampak seseorang keluar dari rumahnya. Dia mengepal buku limanya. Pantas kakinya dihayunkan, pulang ke rumah.
~*~
Adam duduk di atas katilnya. Dia senyum sendirian. Bibirnya disentuh. Gembira.
Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar. Dia mendongak.
"Ayah. Bila ayah balik?" Adam menyoal terkejut.
"Ada sesiapa datang rumah kita?" Tanpa menjawab soalan Adam, dia menyoal anaknya itu.
"Tak.. tak ada. K.. kenapa ayah?" Adam menyoal. Dia cuba menyelindung rasa gugupnya.
"Jangan tipu aku! Aku nampak budak tu keluar dari sini!" Ayah Adam menjerit marah.
Adam terdiam. Air liurnya diteguk.
"Dah berapa kali aku kata, jangan jumpa dia lagi!"
"Apa yang ayah benci sangat dengan Troye?! Dia kawan saya ayah!" Adam berdiri mahu melawan kata ayahnya. Dia nekad ingin mempertahankan hubungannya dengan Troye.
Ayah Adam mencekak leher baju Adam.
"Kau dah berani lawan aku?! Hah?! Aku akan pukul budak tu kalau kau jumpa dia, kau tahu kan?" Ayah Adam memberitahu.
Adam menggeleng. Dia tahu pasal itu. Dan dia tidak mahu itu berlaku. Adam ditolak ke atas katil. Dada Adam turun naik kerana cemas. Ayahnya menindihnya.
"Aku dah kata jangan jumpa dia! Kau tak nak dengar!" Amarah ayahnya semakin memuncak.
Satu tumbukan hinggap di wajah Adam. Ayah adam bangun dan menundingkan jari ke arahnya.
"Kalau kau jumpa lagi budak tu sekali lagi, aku bunuh dia!"
Lantas ayah Adam keluar dari bilik itu. Adam merapatkan dirinya di kepala katil. Lututnya dirapatkan ke dada. Takut menguasai diri.
~*~
Ayah Adam termenung. Dia menyandar pada kerusi di meja yang ada di halaman belakang rumah mereka. Dia meneguk sebotol arak. Tangannya yang menumbuk Adam tadi dipandangnya seketika.
Rasa menyesal bersarang dalam diri, kerana menumbuk anaknya tadi. Dia mengeluh berat.
~*~
Adam dan ayahnya sibuk membersihkan bot dan kapal lama. Sesekali Adam hanya senyum nipis mendengar ayahnya bercerita.
Troye berjalan di antara kapal-kapal itu. Mencari kelibat Adam. Dari satu sudut dia lihat Adam di situ kebetulan memandang ke arahnya. Troye mengangkat sedikit kepalanya. Memberi isyarat. Senyuman diberikan. Adam mula risau.
"Apa dia buat kat sini?" Soal ayah Adam serius.
"Tak. Biar saya urus." Adam berlari ke arah Troye.
Ayah Adam memandang dari jauh.
"Troye! Pergi balik! Jangan datang lagi!" Adam menyuruhnya pergi.
Troye keliru.
"Apa? Kejap! Apa ni?! Hey, baru semalam kita berbaik dan kita.."
"Kau balik jelah!" Adam masih menyuruh. Dia menolak Troye agar beredar segera.
"Adam! Kenapa dengan mata kau? Ayah kau pukul ke?" Troye menyentuh wajah Adam namun Adam pantas menepis.
"Bukan urusan kau! Kau baliklah! Tolong!" Adam mula menjauhkan diri. Tangannya menunding menyuruhnya pergi.
Troye melangkah pergi. Keliru! Baru sahaja semalam mereka berbaik. Kenapa hari ini, mereka perlu bergaduh semula?
Adam mendapatkan ayahnya.
"Kau cakap apa dengan dia? Nak rancang untuk jumpa lagi?" Ayah Adam mula marah.
"Tak, ayah. Tenang. Saya dah bagitahu dia yang kami tak boleh berkawan lagi. Okay?" Adam menenangkan ayahnya.
Ayah adam senyum gembira. Dia merangkul bahu Adam.
"Bagus anak ayah!" Adam hanya senyum.
Berpura-pura di hadapan ayahnya, seperti membunuh dirinya sendiri.
"Maafkan aku, Troye. Aku buat semua ni untuk kita." Hati Adam berbisik.
YOU ARE READING
Blue Neighbourhood
Storie d'amorePersahabatan yang dijalin sejak kecil, rupanya membawa bibit cinta sehingga ke alam dewasa. Namun, perbalahan yang berlaku antara kedua-dua ayah mereka membataskan segalanya. Mampukah Adam dan Troye mempertahankan hubungan mereka? "Maafkan aku, T...