NYSP 7

745 76 9
                                    

V Pov

Aku bangun awal hari ni untuk bersiap pergi sekolah. Pukul 5 pagi dah bangun.

Setelah selesai bersiap, aku turun bawah ke meja makan untuk breakfast.

"Awalnya kamu hari ni, Tae.."-kata appa.

"Ha ah! Awal lagi ni.. Selalunya kamu pergi sekolah pukul 6.30, sekarang baru pukul 5 lebih."-sampuk omma kepada aku.

"Sebab tu Tae breakfast dulu..pukul 6 nanti Tae gerak. Sebab Tae nak pegi rumah kawan. Pergi sekolah dengan dia."-kataku.

"Hurmm yela, makan2."-kata omma.

Setelah habis makan, memandangkan jam pon dah pukul 6, aku pon keluar rumah.

Lebih kurang dalam pukul 6.30, aku tiba di depan sebuah rumah.

Chorong Pov

Selepas aku bersiap untuk pergi sekolah, aku breakfast.
Sedang aku makan, omma memberitahu aku bahawa ada orang datang cari aku.

"Rong, ada orang cari kamu kat luar rumah. Katanya nak pergi sekolah sama2 dengan kamu."-kata omma kpd aku.

"Siapa omma? Nama dia? Laki ke perempuanm"-tanyaku.

"Lelaki. Omma pon tak tahu. Lupa pulak nak tanya. Kamu pergi lah tengok."-jawab omma.

Lelaki? Siapa pulak kawan aku yg lelaki yg tahu rumah aku?

"Mm..kalau macamtu Chorong pergi sekolah dulu lah. Omma annyeong!"-kataku sambil melambai ke omma dan menuju keluar rumah.

Aku rasa aku tahu siapa yg datang..haihh.

Aku buka je pintu, terpacul seorang lelaki yg aku kenal, tak lain tak bukan, Kim Taehyung a.k.a V.

"Annyeong!"-katanya.

"Hurmm awak nak pergi sekolah dengan saya kan? Jomlah.. Nanti lambat."-kataku lalu jalan mendahuluinya.

Dia mengejar aku dan jalan sebelah aku. Perjalanan ke sekolah yang sunyi tanpa sebarang suara. Then, aku memulakan percakapan.

"Kenapa kenapa awak tetiba datang rumah saya and nak pergi sekolah dengan saya ni?"-tanyaku.

"Ermm saje! Sebab saya nak ingatkan noona yang jangan lupa pergi rooftop waktu rehat."-jawabnya.

"Kan boleh mesej je.."-kataku seakan menyampah.

Aku perasan yg dia senyum je tengok aku. Walaupon aku jalan pandang depan, tapi still boleh nampak..
Tiba2 dia bersuara..

"Noona.. Are you camera?"-tanya dia tetiba speaking english.

"Gila ke? Mestilah tak."-jawab aku. Bodoh ke apa tak tahu beza manusia dengan items.

"Bukan apa..cuma. Setiap kali saya tengok noona, mesti saya akan senyum."-kata dia membuatkan aku tercengang.

Dia buat pickup line lagi...!

Skip>>>

V Pov

Aku masuk je kelas dengan reaction gembira, BTS dah panggil aku.

"V! Sini kejap!"-panggil Jungkook.

"Ok! Sekejap je!"-kata aku dari jauh. Lalu aku pon pergi kat dorang dan duduk.

"Ha? Nak apa?"-tanya aku.

"Kau nampak happy je.. Ada something ke?"-tanya Jin.

"Ha ah. Tadi aku nampak kau dengan Chorong sunbae jalan berdua masuk sekolah. Sweet gitu."-kata Jhope.

"Ohh.. Gamsahabnida."-kataku.

"Kau dah bercinta ke dengan dia?"-tanya Rapmon.

"Belum lagi lahh. On the way kot."-kataku sambil tergelak.

"Wuuu..goodluck! So, apa perkembangan?"-tanya Jimin.

"So far so good. Tapi dia suruh aku panggil dia noona. Aku pon panggil jela..itu pon terpaksa sebenarnya."-jawabku.

"Mohon tabah. But okay apa panggil dia noona😂😂."-kata Suga sambil gelak.

"Tsk. Kuang ajo kau Suga."-kata aku sambil menunjukkan penumbuk aku.

Waktu rehat.

Aku dah menunggu Chorong di rooftop. Sambil duduk di bangku yg tersedia.

Klekk

Bunyi pintu di buka. Ni mesti Chorong..
Aku melihat dia jalan ke arah aku fan berhenti betul2 depan aku. Tapi tak duduk. Aku menengok mukanya.

"Nak cakap apa?"-tanyanya.

"Noona tak bawakkan makan utk saya ke?"

Chorong Pov

"Noona tak bawakkan makan utk saya ke?"-tanya V.

Eh2 dia takda cakap apa2 tetiba mintak makanan. Mana lah aku tahu..

"Mana ada."

"Alaa noona ni.."-rengeknya. Ingat comel lah tu..

Ok.. Aku mengaku dia comel..duhh

"Nah la lolipop ni.."

"Terima kasih noona!"-ucapnya gembira.

Dia membuka plastik lolipop itu dan memasukkan ke dalam mulutnya.

"Oh ye noona. Sebenarnya, saya nak cakap yg.. Setiap kali waktu rehat, noona kena rehat dengan saya dekat rooftop. Kalau tak, saya buat anouncement kat sekolah yg kita couple."-kata V

"Whutt?!! Awak gila ke?!"-kata ku terkejut berok. But still cantik😉

"Yee saya gilakan noona."-katanya sambil menunjukkan gigi petaknya.

Aku menatapnya dengan muka dan reaksi marah😡

"Noona nampak cantik lah kalau pandang saya macam tu...can i kiss you?"-katanya membuatkan aku bertambah terkejut.

Mata aku membulat bila dengar dia cakap macam tu.

Tanpa membuang masa, aku terus meninggalkannya sorang2 di rooftop.
Tapi sebelum sempat aku keluar dari pintu rooftop, aku terdengar dia jerit.

"Noona! Ingat tau! Setiap kali rehat, rehat dengan saya kat rooftop!"-jeritnya.

Aku berjalan menuju ke kelas sambil mengipas2 muka dengan tangan aku. Aku tak tahu macam mana aku boleh blushing. Erggh.




TBC
Vote, comment juseyo!






©Noona, You're So Pretty! || k.t.h & p.c.rWhere stories live. Discover now