5 / sedih dan dendam.

44 1 0
                                    

Malam yang sepi. Segalanya sunyi. Hilanglah sudah hilai tawa penghuni bumi. Semuanya enak dibuai mimpi.

Tubuhku makin kuat mengeletar apabila jarum jam sudah menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Jantung aku mula berdegup dengan irama cemas apabila kedengaran bunyi berdetup-detap tapak kasut dihentak ke langkah mendekati pintu bilik tidurku. Perasaan gusar terpeta di wajahku yang terbentuk bujur sirih.

Pukul 8-9 malam tadi,sempatlah aku pergi rumah fye. Borak- borak dengan dia walaupun hanya berbual kosong. Aku ucapkan goodbye dengan berderaian air mata di pipi. Punyalah sedih nak tinggalkan crush tersayang kan?

Pukul 10-12 mlm tdi. Aku berborak lama dengan mama papa aku. Sambil tu aku sempat bermanja-manja dengan mama aku. Aku siap peluk cium bagai tau. Irdina pulak. Aku cubit pipi dia sampai jadi merah. Dan cubitan tu semua sarat dengan kasih sayang seorang abg kepada adiknya!

Dan lagi 1 jam lebih tu. Aku buat la solat Qada lima waktu yang pernah aku tertinggal dulu. Aku buat solat tu semampu yg aku blh buat. Aku pun rajinkan diri buat solat sunat. Tahajjub. Berdoa supaya Allah panjangkan umur aku lagi dan selamatkan aku dan keluarga aku daripada bahaya dan bala. Lagi 10-15 minit tu, aku mengambil peluang utk meluangkan masa membaca Al-Quran walaupun masanya terlalu singkat. Harap2 Allah bantu aku bila gadis tu datang nak bunuh aku!

Dan pintu mula terkuak perlahan. Krekkk. Engsel pintu aku yang berkarat itu mengeluarkan bunyi yang mengilukan lagi menyakitkan gegendang telinga. Tulah nid. Pemalas lagi nak letak minyak kat situ. Kan kau dh trkena percikan bala dri perbuatan pemalas kau tu! Padan muka!

Kelihatan tubuh seorang gadis berdiri tegak dengan sebilah kapak yang agak besar saiznya di sebalik pintu yang mula terkuak luas tu. Aku menggigit kuku aku yang sudah lama tidak diketip. Naik seram aku tgk gaya gadis yang bertopeng mulut tu.

Gadis tu mula menapak masuk sambil merenungku dengan pandangan penuh makna apabila jemarinya menolak lembut pintu kayu itu supaya tertutup rapat dan. Ttak! Dikunci. Aku menelan air liur yg bergitu payau utk ditelan.

Aku mundur kebelakang. Mahu tersadung aku dibuatnya apabila gadis ni mula menerpa laju kearah aku sambil mengangkat tinggi kapak besar tu. aku mengetap bibir. Memang riwayat aku akan terhenti di sini. Baru sahaja kapak besar tu mahu mendarat di kepala aku.

Tok! Tok! Tok!
Gerakan gadis tu terhenti. Anak mata kapak yang bergitu tajam dan berkilat di hujung tu hampir mahu terkena di batang hidung ku. Aku mengeluh lega apabila pandangan gadis itu terarah ke pintu yg diketuk bertalu-talu tu.

" abang! Abang ok ke?!" kedengaran suara irdina memecah kesunyian di ruang bilik aku. Aku tersenyum sinis melihat gadis tu mula leka mendengar suara irdina yang gedik dan lunak basah gitu. Pantas aku membentes kedua kakinya membuatkan gadis tu jatuh terhempas ke lantai. Kapak besar tu terlepas dari genggamannya. Aku mencqpai kapak besar tu lalu mencampak jauh ke tempat lain. Dan last2 tercampak kuat pula kat almari kesayangan aku. Terpacak cantik kat pintu almari kesayanganku. Aku sedih seketika. Dahlah guna duit tabung sendiri semata nak beli almari tu dari cj wowshop. Taktahan tgk diskaun almari tu sebab tu bergadai duit tabung. Hehe.

Gadis tu gelabah mahu bangkit dari terlentang di atas tikar berkain lembut tu. Aku dengan berlagaknya menyiku gadis tu kuat lalu menghentak kepala gadis tu ke lantai. Lagak seperti permain gusti pulak. Haha. Berangan je lebih. Terus pengsan minah tu aku belasah. Hahaha.

Aku memandang pintu bilikku yang masih diketuk lalu pandangan aku dicerunkan memandang gadis misteri yang bertopeng tu.

" kenapa minah ni bertopeng eh? Erk. Mesti pembunuh yg berwajah hodoh dan buruk! Erkk, dasar minah sial! Lepas ni duduklah kau kat jail!! Blehh!".lantas topeng mulut tu aku rentap dengan kasar. Terkejut. Terkedu. Terperanjat. Terpana. Terpaku. Terlopong. Ternganga luas. Terkejut beruk tahap monyet punya moyang punya atok. Eh wujud ke?

Miki~Where stories live. Discover now