7 / first kiss

69 3 0
                                    

-Nid pov-

Aku melabuhkan punggung di atas sofa yang terasa lembut membelai tengkuk dan badanku yang penat tu. Dan fikiranku teringat tragedi berdarah.

Aku terpaksa bawak semua mayat-mayat keluarga aku tu ke sebuah masjid utk ditanam. Aku harap imam atau orang masjid yang terjumpa mayat tu sudi menolong aku supaya mandikan,kafankan dan kuburkan mayat-mayat keluargaku. Maaf. Yang aku mampu buat hanya hadir ke majlis tahlil arwah dan sedekahkan alfatihah dengan surah yassin. Maafkan aku.
Aku harap roh keluarga aku tenang di sana.

Aku mendakap lutut di atas sofa. Perlahan-lahan aku menyandarkan kepalaku di kepala sofa. Dan fikiranku lari teringatkan wajah bersih bermata kekelabuan cair tu sarat terakam di minda. Gadis tu bergitu manis dan jelita. Memang setiap kaum adam di luar sana akan terjatuh hati melihat kejelitaan gadis ni tapi herm! Aku takkan benarkan mana-mana lelaki pun dapat menawan gadis tu sehingga aku puas dendamku dpt dibalas!

Aku mencelikkan mata aku. Aku berteriak kuat apabila tiba-tiba sahaja wajah miki dihadapanku. Aku terus menolak dahi miki perlahan. Kalau aku tergerak sikit tadi memang bibir kami akan bersentuhan."Bi..bila kau balik?" soal aku tergagap-gagap. Miki masih mengunci mulut. Lutut kanannya masih berpijak di badan sofa. Merenung mata aku tanpa berkedip. Aku melarikan pandangan aku ke arah lain.

Tahulah sekarang ni aku tgh berduaan dengan kau. Tapi agak-agak la close nye wei. Dahlah suasana ruang tamu ni malap cahanya. Ingat sikit ni bukan first night.

Debaran di dada bertalu-talu. Tak henti-henti aku mengerutu di dalam hati. Darahku menyerbu ke muka menerima renungan gadis tu yang kini terfokus kepada aki. Bagai tarikan magnet, mataku juga tak dapat dilarikan. Sekali lagi pandangan kami sama-sama bertaut. Jantungku berdegup kencang saat anak mata aku dan dia bertaut. Terasa perasaan aneh seperti selalu menyelinap dalam hati aku.

Tiba-tiba seakan ada sesuatu yang mencuit hati aku tatkala melihat wajah gadis tu. Aku tersenyum sendirian." miki, ada sos kat hidung kau tu" ujarku sambil menjuihkan bibir ku ke batang hidung miki

Miki mendekatkan lagi jarak wajah ku dengan wajahku. Membuatkan bibir aku hampir menyentuh hidungnya yang kemerahan tu. " i know" jawapnya ringkas. Entah kenape hatiku bagai digeletek melihat ekpresi wajah miki yang tampak comel tu. Walaupun wajahnya kelihatan tiada perasaan langsung

"kau tahu? Asal kau tak lap? Ooh. Kau nak aku kesatkan eh?"soal aku sambil tergelak. Saja nak bergurau manja. Nak mengambil hati katakan. Barulah senang nak masuk perangkap cinta kan?

Pantas sahaja miki menganguk. Terus mati tawa aku dan aku mula memandangnya serius. " serius? Kau nak aku lapkan?" soal aku membuatkan dia menganguk berkali-kali. Aku tergamam seketika. Lagi sekali senyuman gadis tu membuatkan aku terpaku. Terketar-ketar tangan aku mahu mengelap kesan sos di hidungnya. So,sebab tulah dia duduk dekat-dekat dengan aku sampai tak berkedip mata dia renung aku. Rupanya dia nak aku perasan yang hidung dia terkena sos dan nak aku kesatkan. How sweet...

Dia menepis tanganku kasar. Dia menunjukkan ekspresi wajah tak berpuas hati. "ehh? Kata nak aku kesatkan? Meh lah" ujar aku. Dia menggeleng laju. Aku memandangnya pelik. " kenape pulak ni? Pelik la kau ni..." tambahku apabila dia masih degil tak beri aku peluang utk mengesat kesan sos tu di hidungnya. Dia merenung aku lama dengan matanya yang menawan tu" saya nak awak jilat sos tu. Bukan kesat"

Mata ku meraih anak mata kekelabuan cair milik gadis tu. Mahu mencari kebenaran setiap kata2 gadis tu. Gile ke ape?! Nak aku jilat hidung dia yang tgh memerah tu? Kang tak pasal-pasal bukan hidung je aku jilat, dengan bibir tu sekali aku terkam! Miki ni sengaja mengoda aku hingga hampir menumpaskan tembok iman aku di dada.

Sengaja dirapatkan wajah hingga bibir munggilnya hampir bertaut dengan bibirku. Bertambah-tambah gentar di dada aku saat tu. " cepatlah. Saya tunggu ni" aku melepaskan nafas yang menyendat di dada. Dada yang sendat perlu dilapangkan segera! Dalam gementar, sengaja aku melambat-lambatkan tindakan sementara akal ligat mencari helah utk melepaskan diri. Tapi pergerakan aku terkunci apabila kedua tangannya mula mencengkam kepala sofa membuatkan aku terperangkap di tgh2 pangkuan gadis tu.
" cepatlah" rayunya manja

Aku mengalihkan pandangan ke tepi. Terkulat-kulat aku dibuatnya dengan pipi yang ibarat tomato yang sudah masak ranum apabila digoda seperti tu. " taknak! Berdosa! Kita bukan muhrim!" jerit aku seperti kanak2 kecik. " kata nak jadi jahat sama2. Mula2 kita kena ada hubungan seks lah kan. Barulah kita boleh jadi rapat dan serasi" ujarnya tanpa segan silu.

Makin segan pula aku bila perkataan 'seks' dikaitkan. Rasa malu segera menerjah hingga terpancar di pipi yang sudah kemerahan. " aku tak sejahat ty lagi. Lagipun, aku masih ada iman. Aku masih ingat Allah s.w.t" ujar aku sambil meraut rambut ku yang sedikit beralun itu ke belakang membuatkan miki makin tak berkedip melihat perbuatan aku sebentar tadi. Dia menjauhkan sedikit wajahnya.
" oh. Jadi awak ni iman kuat la"
Aku menganguk laju" ye! Ye! Ye! Sekarang jauh sikit,aku nak tido" lalu aku menolak bahunya perlahan. Tapi miki tidak sedikit pun bergerak malah dia mencengkam lenganku pula.

Aku semakin gelabah." ehh? Ape kau cuba buat ni?!!!" jerit aku sambil meronta-ronta mintak dilepaskan. Dia melentokkan dahinya ke bahuku. Tersentak aku melihat tindakan miki tu.
" awak kan hamba saya? Hamba kena dengar cakap tuan dia kan? Tapi, kenape awak gelabah semacam bila saya rapat dengan awak?" ujarnya sambil menggenggam lebih erat lagi lenganku. Aku mulalah jdi serba salah.

"awak pergunakan saya ke?"
Aku tersentak. Lalu pantas aku menolak dahi miki ke atas supaya dia dapat memandang aku. Dia memandang aku. Aku memandang dia. Jantung sudah berubah rentak. Aku benci debaran ni. Sepatutnya debaran ni hanya utk fye sharina sahaja. Tapi debaran ni lagi laju dan laju apabila berhadapan dengan gadis ni. " tak! Tak! Tak! Yang tu tak betul! Aku dah kata kan aku ni hamba tolong jaga minum makan kau bukan hamba seks kau!" dan aku menekup mulutku yang terlepas cakap. Lantas, pipi ku bertukar merah.

"nid" aku mendongakkan wajahku lalu terkesima. Bibirnya mendarat pantas ke bibir aku sebelum aku sempat melarikan diri. Lama bibir kami bertaut. Rona merah sudah lama muncul di kedua-dua pipi aku melihat wajah miki yang sungguh sungguh rapat denganku. Aku terus berteriak kuat lalu berlari pantas tanpa toleh kiri kanan
Hingga tak jejak lantai aku lari menuju ke bilik tidurku.

" uwahhh!! Maaf fye sebab tak bgi kau first kiss aku!! First kiss aku sudah dicuriii!!!!"

Miki terpinga-pinga melihat aku yang berlari ibarat mahu berlumba dengan pelari olimpik 2017. Tidak sedar bahawa bibirnya melakar senyuman manis melihat gelagat aku yang terlebih gelabah tu." comel..."

Maaf sangat2 ye if story ni jenis story yang readers semua tak berkenan di hati^

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maaf sangat2 ye if story ni jenis story yang readers semua tak berkenan di hati^

Author akan cuba sedaya upaya utk mengubah ayat dan tambahkan idea lagi k?~

And one more...maaf sebab ade beberapa ayat tu ade yang readers penah baca. Author copy senyap2. Maaf yee!

Miki~Where stories live. Discover now