Aku termenung di anjung balkoni. Senja delapan saat tu indah. Aku tahu, senja yang bahagia tu akan pergi dan momen-momen menakutkan akan tiba.
Apa yang menakutkan? Peminat aku bertanya.
Ha. Ha. Ha. Momen menakutkan bagi aku ialah sikap miki yang kekadang terlalu nakal tu. Boleh runtuh tembok iman aku kalau tiap-tiap kali kena goda mcm tu setiap hari. Tapi aku rasa, aku patut mulakan step two. Laitu: mengenali dia lebih dekat. Kalau aku tahu semua tentang dia. Aku boleh lalukan step three. Hehehe. You're so genius nid daniel.
Welldone babe. Beri semangat pada diri sendiri.Aku mengorak langkah menuju dari tangga menuju ke dapur. Teringat pula kat arwah irdina yang rajin memasak tu. Aku mengusap perlahan periuk yang dia selalu guna utk masakkan aku bubur nasi telur. Mana tak rindu kat dia dengan bubur dia tu. Tiap2 hari aku jamah bubur nasi telur, tetibe start dari semalam. Aku terpaksa buang ketagihan aku terhadap bubur nasi telur. Tak sedar yang aku menangis sorang2 kat dapur bila teringatkan kenangan manis tu
Tiba2 ada seseorang mencucuk belakang aku. Terus aku menggigil dari hujung kaki hingga hujung rambut . Aku menoleh kebelakang. Kelihatan yang mencucuk aku tadi rupanya miki yang baru balik dari men-stalker mangsa nya yg seterusnya
Dia memandang wajah aku yang mula menitiskan peluh jantan. Tubuhku terketar-ketar terus apabila memandang miki yang hanya berpakaian singlet putih ketat dan berseluar jeans pendek paras paha. Rambut dibiar lepas
Dan keharuman aroma wangi dari rambut gadis tu menusuk-nusuk rongga nasalku. Aku menggosok belakang leherku yang meremang semacam."awak...masih teringatkan pasal kiss tu ke?" dia bersuara perlahan. Tersentak aku sebentar
Lalu pantas aku menggeleng laju.
"m-mana ade! Kalau aku teringatkan balik,comfirm pipi aku merah balik! Hahaha!" balas aku sambil ketawa gugup. Kata aku cuba dilarikan daripada ditenung lama oleh miki.
"Tapi kan...kau langsung tak malu kan main kiss mulut laki yang kau baru kenal. Dah selalu buat ke?" soal aku sinis. Dia pantas menggelengkan kepala" no. This is my first kiss too" jawapnya sambil mengukir senyuman. Angin yang entah muncul daru mana mula menerbangkan rambut kami berdua menambahkan suasana 'dilwale' kami. Dan muncul la lagu-lagu jiwang bermain di fikiran masing2 bila melalui situasi yang boleh dianggap sweet ni.
Aku curi2 menjeling kearah miki yang masih tak henti dari merenung wajahku yang sudah merah mengalahkan buah tomato sambil mengukir senyuman menawan.
"stop staring at me like that with that smile. Yes. You make my heart beat faster! " teriak aku sambil menunjal kepala miki ke arah lain. " sorry. Saya buat awak jadi kekok dengan saya. Saya pun pelik kenape saya tiba2 kiss awak. Maybe...you're cute"
Ujarnya lantas menggigit bibirnya yang kemerahan sambil mengerling kearah lain. Aku gugur.Ya. Betul. Sejujurnya, gaya dan ekpresi wajah miki lagi cute berbanding fye. Crush aku. Aku tak tahu kenape. Aku selalu gugup depan dia. Asal eh?
Tapi. Step two harus dilanjutkan juga. Walau ape pun terjadi. Dendam tetap dendam. Dendam kena dibalas. Kalau tidak. Memang roh aku akan mengacau hidup orang lain.
Aku mendekati miki yang masih dengan gaya comelnya tu. Bila jarak tubuh kami sudah rapat. Dia tetibe menunduk. Merenung lantai yang kaku tak bernyawa. Aku kembali menggosok belakang leherku. Aku menurunkan sedikit kepala aku memandang miki yang tingginya hanya paras bahu aku. Ya. Orangnya sedikit ketot. Tapi ketot kan comel. Kan?
Aku pun tak berapa pasti kenape aku tidak berkedip-kedip memandang miki. Wajah mulus yang putih kekuningan dan sedanh menunduk di hadapan ku ditenung ku lama. Aku bagaikan terpukau. Bukan aku tidak biasa melihat gadis secantik tu, tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku tentang gadis ni.
YOU ARE READING
Miki~
Romansa" Aku bersumpah! Aku akan balas dendam kat kau miki!!" ( nid daniel) . Tapi. Tu cuma dusta. . Dendam menjadi cinta.