16th Oct
"Yah! Ppali!" Jerit Seungcheol padaku. Haish, aku hanya mampu mengikut sahaja katanya. Nak buat macam mana, salah aku bangun lambat harini. Kenapa? Sebab main Mobile Legend semalam.
"Kau ni berdisiplin lah sikit, main tu jangan sampai pukul 3 pagi" kata oppa beruk aku ni.
"Hmn, yela yela. Kau juga yang promote game ni kat aku"
*****
"Wey, kau tahu tak apa ayat yang aku tulis kat surat yang aku bagi Bae Jinyoung harini?" Kata Cheon dengan terujanya.
"Apa dia?" Tanya Seo Eun sebelum dia memakan roti chocolate yang baru dibeli Hwa Ji tadi. Cheon menarik nafas dalam-dalam sebelum menghela nafasnya.
"Everyday I've been sending letters to you. I wonder, when will you notice me?"
"Kau bagitahulah dia, mesti dia notice kau" kataku lalu pipi Cheon mula merona merah.
Terus dia memandang hadapannya.
Selang beberapa meja ke hadapan ialah geng-geng crush Cheon a.k.a Bae Jinyoung dengan beberapa rakannya yang lain.
Aku turut memandang mereka dan tanpaku sangka, aku telah bertentang mata dengan satu ahli mereka iaitu Kang Daniel. Dia tersenyum ke arah ku tapi aku tidak mengendahkannya.
*****
18th Oct
Di kelas ekonomi rumah tangga, sedang aku mencuci perkakas dapur, Daniel beratur di belakangku untuk membasuh beberapa pinggan mangkuk. Hanya kami berdua sahaja di situ.
"Hai" katanya.
"Umn, hi" kataku. Selesai sahaja membasuh piring, aku berlalu pergi tetapi tiba-tiba dia menarik tanganku.
"Awak kawan Seongwoo kan?" Katanya.
"Ya, dan boleh tak lepas? Tak perlu lah sampai nak tarik tangan kot" kataku, dingin.
Dia tersenyum segaris seraya melepaskan tangannya. "Maaf"
*****
19th Oct
"Alamak hujanlah" kata Seo Eun seraya memandang langit.
"Aku naik omma aku. Maaf tak boleh tumpangkan korang sebab lepas ni aku ikut mak aku pergi tempat kerja dia" kata Cheon. Tiba-tiba, muncul sebuah kereta berwarna silver. "Babai~" kata Cheon seraya berlari ke dalam hujan yang lebat itu sebelum memasuki kereta ibunya.
Seo Eun seperti biasa sediakan payung sebelum hujan. "Aku pergi dulu" kata Seo Eun sebelum berjalan ke dalam hujan. Rumah Seo Eun jauh dan bertentangan dengan rumah aku, jadi kami tidak dapat berjalan bersama-sama untuk balik ke rumah.
Jadi tinggallah aku seorang sementara tunggu hujan berhenti TT.
Tiba-tiba, seseorang membuka sekaki payung seraya berdiri di sebelahku. Aku memandang orang itu, Ong.
"Ong..."
"Jom balik. Kalau kau demam, aku juga kena marah abang kau sebab tak jaga kau" kata Ong seraya tersenyum padaku. Tiba-tiba dia mengelus kasar rambut aku.
"Ong!" Marahku tapi dia hanya tergelak.
"Jomlah"
Memakai sekaki payung ungu bersama-sama di bawah hujan yang lebat. Bunyinya seperti romantik, bukan? Bunyi hujan jatuh kedengaran harmoni di telingaku sambil berjalan bersama-sama dia.
Dia yang aku suka.
Walaupun tiada kata bicara, tapi kekok tidak lahir di hati. Yang ada hanyalah rasa nyaman apabila berada di sisinya.
Sampai sahaja di rumah, dia membantu aku membuka pintu pagar dan pintu rumahku. Lagaknya seperti seorang yang gentleman dengan muka sexynya. Ini yang membuatkan aku suka padanya.
"By-" belum sempat aku menutup pintu, dia menahan pintu itu.
"Jihye, boleh aku cakap sesuatu dengan kau?"
Dub dab dub dab
Rentak jantungku semakin laju, mata aku membulat sambil aku menganggukkan kepalaku. Dia tersenyum seraya memasuki rumah itu dan menutup pintu. Rumah ini sudah seperti rumahnya. Tiada apa lagi yang perlu dia malukan.
"Annyeong, hyung!" Sapanya pada Seungcheol.
"Oh, Ong. Annyeong" kata abangku selamba sebelum sambung bermain dengan tabletnya.
Aku mengikuti Ong dari belakang. Dia dengan tak malunya memasuki bilikku seraya menghempaskan dirinya ke atas katilku.
"Kau nak bagitahu aku apa?" Kataku dengan tenang walhal hati ini sudah macam lari marathon.
Baru aku perasan sesuatu. Hanya aku dan dia dalam bilik ini.
Dia lelaki, aku perempuan, berdua-duaan di dalam bilik aku. Ibubapaku tiada di rumah manakala abang aku pula sibuk dengan dunia sendiri. Ini membuatkan degupan jantung aku menjadi semakin laju. Aku boleh merasakan pipi aku menjadi panas."Jihye, kau demam ke?" Tanya Ong seraya meletakkan tangannya ke atas dahiku.
"Mana ada" aku menepis tangannya. "Jadi, apa yang kau nak bagitahu ni?"
"Sebenarnya..."
'Aku sukakan kau'
☝
Adakah itu yang akan dikatakan oleh Ong?
YOU ARE READING
This Birthday
FanficShort story about Choi Jihye's birthday Start: 》23rd Oct 2017 End: 》23rd Oct 2017 Status: 》Completed Cover: 》@sakuraaaa-