_02

57 12 30
                                    

20th Oct

"Jihye, kau kenapa seharian tutup muka kau?" Tanya Cheon padaku.

Frog, taguna, shit!

Aku malu!

"Kau dah kenapa?" Tanya Seo Eun. Hwa Ji di tepi hanya memandang dengan wajah kosong walhal aku tahu yang hatinya memberontak ingin tahu.

Aku baru menceritakan apa yang terjadi tapi bila ingat balik apa yang berlaku kelmarin, aku terus menjerit.

"Kau dah gila ke!?" Tanya Cheon panik.

"Hmn, dah gila kot" seloroh Seo Eun.

"Mana ada!" Kataku seraya memandang mereka.

"Habistu?"

Okay, MARI KITA ULANG TAYANG APA YANG TERJADI SEMALAM!

-FLASHBACK-

"Jap! Jap! Jap! Kau serious ke?" Tanyaku. Pipiku sudah membahang.

"Eh, kau tahu apa yang aku nak cakap ni?" Tanya Ong. Aku menggangukkan kepalaku.

Astaga, confess tu biarlah berpada. Kenapa mesti waktu begini waktu hujan, berdu- wait, apa aku fikir ni?🌚

"A-aku tak yakinlah Ong..." kataku sambil memandang bawah. "A-aku tak bersedia l-lagi"

"Bersedia untuk apa?"

"K-k-kau kan n-n-nak..."

"Nak?"

"C-c-c-confess kat aku!"

Secara tiba-tiba, kepala aku ditolak ke belakang. "Kau nak aku confess pada kau? Seriously?" Tanyanya sebelum ketawa terbahak-bahak.

Mata aku membulat bila mengetahui kesalahan yang telah aku lakukan. Ya ampun, aku terlalu nervous sampai berfikir ke situ.

Bantal aku ambil lalu aku baling ke arahnya.

"KELUAR!" jeritku seraya memukul-mukul dirinya dengan teddy bear aku.

"Woi, woi aku belum habis cakap lah! Sebenarnya..."

"Sebenarnya?"

-FLASHBACK END-

"Shit. Harijadi aku dah nak datang, sempat lagi dia nak rancang hari jadi Wonho?" Ceritaku panjang lebar.

"Wonho-Sunbae?" Mata Seo Eun sudah bersinar terang. Hmn, dah agak dah. "Omo, aku nak ikut!!"

Siapa Wonho? Sunbae paling popular kat sekolah aku. Dia seorang penyanyi dan ramai gila peminat dia. Tahun ini tahun terakhir dia di sekolah ini.

"Dipersilakan"

"Jinyoung ada tak agaknya?" Tanya Cheon.

"Adalah tu rasanya. Kan geng-geng Ong"

"Aku wajip ikut!!"

*****

21st Oct

"Jadi, inilah tempat kita sambut harijadi Wonho-sunbae?" Tanyaku seraya menerima anggukan daripada Hoseok.

Seo Eun, Cheon dan Hwa Ji dengan sukarelanya volunteer nak tolong. Nak usya crush lah tu.

-Third person's POV-

💐💐

"Mari, biar aku tolong angkat kotak tu" tawar Jinyoung pada Cheon yang sedang angkat kotak besar itu. Itu membuatkan Cheon nervous habis.

"T-t-t-t-t-ta-ta-ta-t-" belum habis Cheon berkata, Jinyoung sudah mengambil kotak itu.

🍰🍰

"Ya ampun, bersepahnya" kata Seo Eun dengan marahnya seraya mengemas tempat makan... entah manusia mana ni.

"TAEHYUNG!" marah Seo Eun. Taehyung tersengih sambil sambung makan keknya.

Habis satu muka penuh dengan kek. Seo Eun pun mengambil sehelai tisu lalu mengelap muka Taehyung. Haih, macam ibu dengan anak pula.

❄❄

"Hey~" kata Jimin seraya mengusik rambut Hwa Ji.

"Ish, jangan kacaulah!" Marah Hwa Ji. Jimin tersengih.

"Comel lah bila kau marah. Lagi-lagi dengan suara kau yang macam tu" kata Jimin seraya mendekatkan mukanya pada muka Hwa Ji. Hwa Ji menolak muka Jimin ke tepi.

🎂🎂🎂

"Unnie, ni letak mana?" Tanya Michelle Song Na Eun, atau nicknamenya Michi pada Jihye.

"Letak situ" tunjuk Jihye pada dinding.

"Okay, Sanha. Tolong angkat aku" kata Michielle. Tiba-tiba Sanha mengangkatnya secara bridal style.

"Woi! Turunkan aku lah! Angkat elok-elok!"

Malas mahu melayan drama itu, Jihye sambung dengan kerjanya.

"Unnie, Daniel-Oppa panggil awak sekejap" kata Anne Kim Ji Hyun atau nicknamenya Koying pada Jihye.

Itu mengundang rasa pelik pada hati Jihye.

"Kat mana?"

"Di luar gymnasium"

"Okay"

Jihye pun berjalan ke pintu lalu keluar dari gymnasium tersebut. Di luar, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri dengan badannya bersandar pada dinding.

"Ada apa?" Tanya Jihye.

"Aku suka kau"

Mula-mula Jihye tenang tapi bila dia proses ayat itu, mata yang terbuntang keluar. "Eh?"

"Aku dah lama simpan perasaan ni tapi aku tak pernah bagitahu kau" kata Daniel. Dia pun berjalan memasuki gymnasium meninggalkan Jihye masih terkedu di situ.

"Aku mimpi ke tadi?"

danly- as Choi Jihye
seotty- as Baek Seo Eun
Ainstein_15 as Kim Hwa Ji
☆CattenCandy- (me) as Moon Cheon Eun

This BirthdayWhere stories live. Discover now