Everything that kill me, make me feel alive...
Muhammad Fatih tersentak tatkala lagu itu bergema dengan kuat di ruang biliknya. Kelopak mata dibuka sedikit namun beberapa saat kemudian, matanya kembali terpejam. Panggilan itu dibiarkan tanpa dijawab.
Bibir digesel berkali-kali pada bahu yang dilapik dengan T-shirt cotton berwarna hitam, seolah-olah sedang membersihkan air liur basi. Entah ada, entah tak ada, dia tak peduli, pergerakan itu dibuat juga walaupun dalam keadaan separuh sedar. Itu semua tindakan automatik!
Dengkuran kecil mula kedengaran sebelum lagu itu bergema buat kali yang kedua. Berkerut wajah Fatih seakan makan buat mangga yang masam.
"Siapa ni? Kacau orang lena la..." gumam Fatih. Dia paling pantang kalau tidurnya diganggu. Kepala berpaling ke kiri dan telefon bimbit yang berada di atas meja bersebelahan katil dicapai.
Terdengar bunyi gajet itu jatuh ke lantai.
Fatih yang dalam keadaan mamai kembali lena dengan tangan yang berjuntai di sisi katil.
Telefonnya menjerit lagi untuk kali yang ketiga.
Tangan meraba lantai dan panggilan dijawab tanpa memandang wajah si pemanggil. Dia mengiring ke kanan dan telefon hanya diletakkan di atas telinga. "Hmm..."
"Woi! Hang tidur lagi ke hah? Aku call tadi pasaipa tak angkat? Banyak kali tau dak?"
Nyaring suara itu menyapa telinga Fatih.
"Aku dah bangun dah ni. On the way la ni. Sabar la. Satgi aku sampai la. Dok buat kalut pa?" ucap Fatih, tanpa sedar.
"Harey kata aku kalut! Hang ingat aku ni bengong sangat ka? Tak dapat beza orang yang dah segaq mandi dengan orang yang berkubang lagi atas katil? Dengaq suara itik hang pun aku dah tau hang dok lena lagi. Bangun!"
Mata Fatih terbuka luas. Eh, apa aku cakap tadi hah? Dia menggaru kepala sebelum memegang telefon yang hampir terjatuh.
"Dah satu jam aku tercongok tunggu hang kat sini, hang boleh dok lena lagi. Mai cepat sikit! Hang yang ajak aku ikut hang tapi mai lambat..." bebel Ahmad Luthfi.
Aku bagi kaki jugak dekat mamat ni nanti. Pantang betul orang yang mai lambat ni. Semalam terhegeh-hegeh suruh aku mai awai. Payah berjanji dengan orang macam ni. Huh! Desis hati Luthfi.
Mata ditenyeh sebelum Fatih bangun dari baringnya. Wajah diraup dengan menggunakan sebelah tangan. Nafas dihela perlahan.
"Aku terlajak lenalah. Letih sangat hang tau dak? Semalam drive dari Kedah... hang tau apa?" jawab Fatih sebelum menguap beberapa kali. Tangan kanan diangkat tinggi, menggeliat.
"Ceh, Setakat Kedah dengan Penang, kentut pun dengar! Hang tak payah dok bagi alasan haprak hang tu kat aku. Hang tu kalau lena memang tak sedaq apa dah," balas Luthfi dengan spontan. Menyampah pula dengan sesi mengadu tak bertempat si Fatih ni.
"Hesy, mamat ni. Tak lenguh mulut ka asyik pot pet dari tadi..."
"Hang kata apa?!"
"Hingaq la hang ni. Dahlah. Bagi aku dua puluh minit. Tunggu aku, jangan gatal kaki nak balik. Satgi aku sampai." Fatih berkata malas.
"Aku tak gatal kaki nak balik, la ni aku gatal tangan. Rasa nak tampar orang ja. Tak pun nak tumbuk orang. Janji tak boleh pakai. Ni kalau hang berjanji dengan orang penting-penting, memang depa reject hang tau, sebab first impression hang dah buat perangai lagu ni," balas Luthfi selamba.
YOU ARE READING
Piano
General FictionTanpa Fatih sedar, dia telah 'membangunkan' roh-roh yang tidak aman tatkala dia menyentuh piano di dalam banglo itu. Maka, dialah yang dinanti-nantikan untuk menyudahkan melodi yang tergantung selama ini. Habiskan melodi terindah... Fatih sering dig...