****
Uhuk! Uhuk! Uhuk!
Fatih terbatuk kuat apabila kain yang menutup beberapa perabot yang ada di dalam rumah itu ditarik. Walaupun perabot di dalam rumah ini tidak padat, namun yang ada cukup untuk mencantikkan rumah ni. Pak cik Ehsan memaklumkan kepadanya, kebanyakkan perabot di dalam rumah ini semasa dia membelinya, rosak, jadi pak cik telah membeli banyak perabot yang baru. Termasuklah barang elektrik yang lain. Nasib baik! Kalau tak, memang mati akal jugak aku. Takkan nak mengadap muka si Luthfi tu dan dengaq dia pot pet pot pet 24 jam? Boleh tepu telinga dan otak aku.
Sambil bebelakan Luthfi, sempat Fatih menjeling kelibat lelaki yang sedang duduk di atas sofa. Heh, senang-lenang aja kerja dia ni! Tak boleh dibiarkan.
"Dari hang melahap cendawan goreng tu macam orang kebuloq, baik hang tolong aku!" jerit Fatih sekuat hati. Tak membawa faedah betul bawak dia ni. Jangan katakan nak tolong, jeling ke arah ni pun tidak... semua aku kena buat. Peti ais yang dah lama tak dihidupkan, aku jugak yang pasangkan plug. Nanti dia jugak yang membebel nak minum air sejuk la, nak simpan barang susah lah....
"Hmm, tak hingin aku. Hang sendiri cari penyakit, jadi jangan nak jangkitkan penyakit hang tu kat aku pulak..." balas Luthfi senada. Badan disandarkan pada sofa. Kaki diangkat diletakkan di atas meja kopi. Tumpuannya masih kepada cendawan goreng.
"Apa benda yang hang cakap ni?"
Luthfi mengangkat wajah, menoleh ke kiri memandang Fatih. "Ada hotel tapi tak mau duduk. Nak jugak duduk kat sini. Kalau duduk kat hotel, masuk bilik ja... lip lap lip lap bilik dia... boleh landing teroih siap boleh buat kuak lentang, kuak dada, kuak kupu-kupu, tapi hang tu ketegaq..." dengusan kasar dilepaskan. Luthfi bangun, bekas berisi cendawan goreng diletakkan di atas meja dan menapak menghampiri kawannya. Mulut yang sedikit comot dilap dengan belakang tangan lantas dia bercekak pinggang.
"Pak cik hang pernah mai kat rumah ni dak ha? Aku tengok rumah ni macam bertahun ja orang tak duduk. Berdebu, letih aku kemas bilik, pasang sarung bantai, cadar bagai tadi... tilam tu dahlah berat..." bebel Luthfi senafas.
"Setakat pasangkan cadar dekat bilik yang hang nak tidoq dengan bilik aku ja pun, tu pun dah penat ka?" perli Fatih. "Lagipun tak berdebu tera mana pun... hang tu yang penyegan!" sambungnya lagi. Buat kerja sikit pun nak mengungkit! Puih!
Kain menutup perabut yang telah dilipat oleh Fatih ditepuk-tepuk lembut. "Hang tak jawab lagi soalan aku... pak cik hang pernah mai sini dah sejak dia beli rumah ni?" anak mata tepat merenung wajah Fatih.
"Dia mai tengok rumah ni masa nak beli dan seingat aku dia ada mai sini dalam enam bulan lepas, tapi dia tak tidoq kat sini pun. Dia mai sat ja... ni pun dia suruh aku mai jengok rumah ni... mungkin hujung tahun ni dia nak mai bercuti dengan family, kan cuti sekolah..." jawab Fatih tanpa memandang wajah Luthfi. Dia hanya membuang pandang ke luar tingkap. Mata dikecilkan apabila ternampak seperti rumah kecil, mungkin hanya sebesar sebuah bilik berada di belakang belakang rumah. Ada apa pulak dalam tu? Ermm, nanti la aku tengok.
"Jadi, kita la orang pertama yang mai duduk sejak pak cik hang beli rumah ni? Sebelum ni siapa yang duduk? Lama mana rumah ni kosong sebelum kita mai?" soal Luthfi bertalu-talu dengan nada sedikit cemas. Sudah bermacam-macam perkara yang tidak enak kini berlegar-legar dalam kepalanya.
"Aku mana tau... aku tak berminat nak ambik tau... lantak la." Jawab Fatih senada.
Luthfi tidak puas hati dengan jawapan yang terpacul keluar dari mulut Fatih. "Bangang betoi la hang ni, benda penting tu. Takkan pak cik hang tak upah orang mai bersihkan rumah ni?" dia menyoal lagi.
YOU ARE READING
Piano
General FictionTanpa Fatih sedar, dia telah 'membangunkan' roh-roh yang tidak aman tatkala dia menyentuh piano di dalam banglo itu. Maka, dialah yang dinanti-nantikan untuk menyudahkan melodi yang tergantung selama ini. Habiskan melodi terindah... Fatih sering dig...