N | hospital

203 26 8
                                    

( Park Haneul p.o.v )

"Woi Park bongok Chanyeol, suruh Baekhyun balik Seoul."

"Apahal pulak? Ada masalah ke? Kan ada bodyguard semua tu." kata Chanyeol lalu dengan selambanya aku syak main dengan bulu ketiak dia.

"Haha taklawak lah anak halal. Hyewon masuk hospital, mulut dia tak berhenti panggil nama Baekhyun. Kalau kau nak tengok Baekhyun kena kapak dengan aku boleh lah perap Baekhyun lagi seminggu dekat sana." aku terus mematikan talian. Geram. Abang paling tak guna dekat dunia. Anak halal lah kau Park fucking Chanyeol.

Tiba tiba Hyewon meracau di katilnya.

"Baekhyun oppa, Hyewon takut."

Aku tak kisah tentang itu. Tapi tiba tiba dia seperti meracau tak tentu hala. Dia menjadi lebih agresif. Aku dengan paniknya memanggil doktor yang bertugas. Selepas ubat penenang dicucuk masuk ke dalam badannya barulah Hyewon kelihatan lebih tenang.

( Byun Baekhyun p.o.v )

"Omma, Hyewon masuk hospital."

aku hanya mengucapkan sebaris perkataan itu kepada omma. Appa pun aku hanya cakap sebaris perkataan itu. Tiada kurang tiada lebih. Mereka berdua lebih mengutamakan kerja daripada aku dan Hyewon. Sebab itu lah aku dan Hyewon ambil keputusan untuk berpindah.

"Baek, kau.. nak balik Seoul ke?" soal Jongdae yang baru sahaja selesai mandi. Rambutnya pun masih basah lagi. "Haah. Hyewon perlukan aku sekarang ni. Jadi rasa macam tak ada gunanya kalau aku dekat sini bersuka ria lama lama tapi adik aku sakit."

"Kalau macam tu, biar kita semua balik Seoul." Jongdae mengusulkan cadangan. Bagi aku cadangan tu tak bernas. Byun Hyewon, adik aku, sakit biasa je. Bukannya ada sesuatu yang terlalu besar berlaku.

"Takada tapi tapi untuk kalini Byun Baekhyun. Cukup lah kau sembunyikan pembedahan Hyewon daripada kitaorang selama ni. Kalau Haneul tak bagitau, mungkin sampai harini kitaorang taktau apa yang jadi dekat Hyewon." Chanyeol masuk ke dalam bilik lalu duduk di atas katil. Sambil itu dia mengusutkan rambut aku. Ergh, this shit!

[KJDISS #1] Mr. Secret | KJMWhere stories live. Discover now