E | childhood times

138 20 9
                                    

( Kim Junmyeon p.o.v )

"Junmyeon! Jangan lah nangis!" aku terus angkat muka aku daripada pelukan lutut yang aku buat.

"M-m-ma-mana a-a-ada k-k-kita n-nangis!" kata aku sambil menahan sedu. Aku agak muka aku mesti berkerut yang amat.

"Omma Hyewon cakap, lelaki tak boleh nangis! Macam perempuan! Omma selalu cakap macam tu dekat Baekhyun oppa!" sambil itu dia berlari ke arah satu taman kecil. Beberapa saat kemudian dia datang kembali dengan sekuntum bunga.

"Dahlah jangan lah nangis lagi Junmyeon. Jom kita jadi kawan!"

Dia hulurkan tangan dia, kecil, berbanding tangan aku. Tiba tiba aku ada perasaan untuk jaga dia, sepertimana aku jaga ahjumma dengan ahjussi.

"Jangan lah nangis Junmyeon! Jom, kita pergi main dengan Baekhyun oppa!" kemudian dia terus tarik tangan aku, pergi ke arah Baekhyun.

Oh adik Baekhyun ke ni? Patutlah ada iras iras.

...

"Junmyeon!"

"Ya? Kenapa Hyewon?" harini dah genap 8 tahun aku kenal Hyewon. Dan harini hari lahir Byun Baekhyun.

"Em omma dengan appa cakap saya dengan Baekhyun oppa kena ikut dia pergi Seoul. Saya taknak. Saya nak duduk dekat sini. Dengan ahjumma, dengan ahjussi, dengan awak. Omma dengan appa jahat, diorang takada masa pun untuk Hyewon. Ahjumma dengan ahjussi pun tau nak bahagikan masa antara kerja dengan rehat." bebel Hyewon, panjang. Aku pandang muka dia. Mata dia dah berair. Oh my, dia nak nangis!

"Hyewon, Hyewon. Jangan nangis. Tolong jangan nangis. Junmyeon janji nanti dah besar kita jumpa balik." aku mengelap air mata dia. Auch, my babyboo :(

"Kalau Hyewon nangis, Junmyeon nak nangis jugak lah!" ugut aku. Kemudian dia terus menekapkan muka dia di dada aku. 

KIM JUNMYEON IS DYING INSIDE ASDFGHJKL

"M-m-malam ni kita berdua dengan Baekhyun oppa tidur dekat rumah ahjussi Kim boleh tak? Hyewon taknak tinggalkan Junmyeon, taknak tinggalkan tempat ni."

...

"Hyewon, ok tak ni?"

"Junmyeon.. to-to-tolong.. sakit.." dia memegang dadanya lalu pengsan diriba aku. Dengan segera aku memanggil ahjumma, ahjussi dan Baekhyun.

Hyewon sakit apa?

( Byun Baekhyun p.o.v )

Junmyeon yang berada di sebelah aku mula kelihatan gelisah. Takkan lah dia tak amik dadah dengan banyak tadi hehe k #BaekhyunGurau

Hyewon dah turun dari kenderaan dengan adik kitaorang yang paling kecil untuk beli makanan. Jadi yang ada hanyalah aku, Junmyeon dan Jongkook hyung a.k.a driver. 

"Yah Byun Hyewon! Bangunlah! Jangan buat aku risau!"

Aku pandang Junmyeon. Dah kenapa mamat ni? Mengigau apa?

"Baekhyun, mana Hyewon? Mana dia?" aku iku gerak hati aku untuk kejutkan Junmyeon.

"Junmyeon, bangun. Kau mimpi apa ni woi? Junmyeon!"

Aku ingatkan dia akan cakap terima kasih sebab kejutkan dia daripada mimpi ngeri dia tu, tapi rupanya dia tanya aku soalan yang sensitif bagi keluarga Byun.

"Hyewon baik baik je kan? Jantung dia.. masih jantung yang sama. Kan?"

[KJDISS #1] Mr. Secret | KJMWhere stories live. Discover now