J | pasar (2)

225 29 26
                                    

"Ok now, patut ke kita berkenalan?" kata lelaki itu. Aku masih lagi terkebil-kebil, cuba menghadam perkara yang sedang berlaku sekarang ni. Aku tengah mimpi ke sekarang ni? Haha macam pelik je.

"Janganlah pandang aku macam tu. Ok lah, aku intro diri aku dulu. Kim Junmyeon, 26, seorang artis jalanan. And you?" kata Junmyeon lalu menghulurkan tangan. Aku hanya berjabat tangan dengannya, tapi otak aku masih menghadam dan cuba untuk mereka ayat yang terbaik untuk aku utarakan.

"Jangan takut, aku bukan orang jahat. Aku bukannya kaya untuk upah orang untuk tiba tiba culik kau apa semua cerita cliché dalam novel tu."

Kemudian barulah aku rasa macam lega, dapat menghadam apa yang sedang berlaku sekarang ni. "Byun Hyewon, 22, baru habis graduate."

Aku dan Junmyeon terus bercerita tentang kehidupan masing masing. Tiba tiba aku terdengar bunyi enjin motosikal yang terlalu kuat dan kemudian kekecohan berlaku. Junmyeon terus menarik tangan aku pergi ke arah belakang bangunan yang ada.

"Ap--" "Shh! Diam sekejap Hyewon."

Tanpa aku sedar aku terus mengalirkan air mata. Omma, appa, Baekhyun oppa, Hyewon takut. Hyewon, akan mati ke? Hyewon muda lagi. Hyewon tak sempat cari kerja lagi. Tak sempat balas jasa omma, appa dengan Baekhyun oppa. Dan tiba tiba aku sedar ada orang memeluk aku erat. Junmyeon!

"Mana kau Junmyeon?! Keluar sekarang! Sebelum aku bakar tempat ni."

Dan tiba tiba, telefon aku berbunyi. ASDFGHJKL kenapa waktu ni?!

"Siapa dekat dalam tu?!"

Junmyeon terus berbisik dekat telinga aku "cakap ada orang dekat dalam ni."

Aku terus berdehem. "Ada orang dekat dalam ni." laung aku. Mana lah tau diorang tak dengar. "Em saya nak check sekejap. Sekejap ye cik." aku taktau siapa dia tapi suara dia macam aku kenal. Ah abaikan semua tu, yang penting hanyalah keselamatan aku dan Junmyeon.

"Hyewon, aku nak minta maaf. Aku terpaksa buat ni." bisik Junmyeon dekat telinga aku. Dia nak buat apa?

Dan tiba-tiba, ada sekumpulan remaja lelaki muncul. Tiba tiba aku rasa ada sesuatu yang hangat dekat leher aku. Apa Junmyeon buat ni?

Aku rasa geli tapi dalam masa yang sama mulut aku mengeluarkan bunyi yang pelik. Sepanjang hidup aku, aku takpernah mengeluarkan bunyi sebegini. Tuhan, malunya.

"Opssie, salah timing. Sorry miss, kami pergi dulu." kata salah seorang pemuda itu lalu terus pergi meninggal kami.

"Hyewon, Im sorry. Saya taktau dia akan datang waktu ni. Saya betul betul minta maaf sebab awak jadi mangsa. Jom, kita pergi farmasi, beli ubat untuk hilangkan kesan tu." kata Junmyeon lalu memandang lantai. Hey siapa yang biadap sangat nak lukakan manusia comel sebegini?

Bagaikan tersedar dari tidur, aku terus menjerit. "Yah! Awak buat apa dekat leher saya?!" kemudian aku terus memukul dada Junmyeon. Kalau Baekhyun oppa nampak macam mana? Haneul? Jongdae? Ah malunya.

"Sebab tu saya ajak awak pergi farmasi, ubat untuk hilangkan kesan tu ada jual." kemudian Junmyeon terus tarik tangan aku. Jantung aku terus berdegup laju seperti baru sahaja selepas berlari. Perasaan apa ni? Tuhan..

( end of flashback )

----

Patutnya saya post semalam tapi tiba tiba data habis asdfghjkl jadi maafkan saya, 6 chap akan menyusul

[KJDISS #1] Mr. Secret | KJMWhere stories live. Discover now