Epilog | Sarang!

211 20 51
                                    

( Kim Haneul p.o.v )

Lagi sebulan Hyewon dengan Junmyeon akan berkahwin. Lagi sebulan je lagi Kim Haneul. Sebulan je. Lepastu kau akan terlepas daripada sengsara ni.

Tapi kenapa aku rasa sehari pun dah sangat lama. Lagi lagi bila perlu layan dengan Byun Hyewon yang cerewet ni. Itu tak kena, ini tak kena, nak ikut cara dia je. Junmyeon pun sama. Yang malangnya, bila aku dengan Jongdae tawarkan diri untuk jadi pengurus untuk majlis perkahwinan diorang. Mulanya, aku dengan Jongdae fikir akan memudahkan sebab kitaorang akan bersama dalam banyak aspek, tapi rupanya salah 80%!

"Haneul! Aku nak baju tu!"

Bila aku dah suruh pereka fesyen tu hulurkan baju tu dan Hyewon masuk ke dalam bilik fitting, dia akan membebel tentang baju itu. Kadang kadang sebab ketat di bahagian pinggang, takpun terlalu mendedahkan dada, kes kain veil terlalu panjang pun jadi topik untuk gaduh. Ya tuhan, berikanlah aku kesabaran.

Dan bila terjadinya kejadian macam ni, Baekhyun dan Chanyeol lepas tangan dan serahkan semuanya dekat aku dengan Jongdae.

"Neul, jom makan. Aku lapar." Finally. Kesian anak aku belum makan. Oh hehe aku dah berkahwin dengan Jongdae dan sekarang ni anak dalam kandungan ni dah 9 minggu. Nampaklah sikit baby bump.

"Lepasni nak pergi mana?" aku tanya sambil turun tangga. Kenapa mesti butik ni berada dekat tingkat dua? Dahlah tangga banyak sangat sangat.

"Kita pergi cari kedai bakeri pulak. Kek belum tempah lagi." kata Hyewon lalu memeluk leher aku dari belakang. "Kenapa tak tem-- Hyewon! Berat lah!" aku terus menepis tangan dia, tangan dia beratnya ya tuhan! "Yah! Kau nak cakap berat aku dah naik lah ni? Takguna kau Kim Haneul!"

"Kenapa aku rasa bahagia bila dengar kau sebut Kim Haneul eh? Haha"

Hyewon terus menampar lengan aku. "Mengada!" kemudian kami berdua terus menuju ke arah kedai makan yang berhampiran.

"Hyewon, aku nak telefon Jongdae kejap. Nak tanya macam mana Junmyeon." kata aku lalu membuka zip tas tangan aku. Ish kenapa susah sangat nak bukak ni? Sengaja nak sabotaj aku ke? "Neul, jalan lah cepat sikit." Hyewon terus tarik tangan aku. Wahai sahabat, bersabarlah.

Ok jumpa pun. Aku terus mendail nombor telefon Jongdae. Tiba tiba ada satu kenderaan hitam muncul dihadapan aku dan Hyewon . Beberapa orang lelaki turun daripada kenderaan itu dan kemudiannya salah seorang daripada mereka menikam aku di bahagian perut. Aku hanya mampu menjerit dan memegang perut aku. Ya tuhan, kandungan aku.

Hyewon pula bergelut untuk menyelamatkan diri dia daripada ditarik masuk ke dalam kereta. Telefon di sebelah aku yang masih lagi berada dalam talian yang bersambung dengan Jongdae aku tarik rapat ke bibir. "J-j-jongdae.. t-tolong.."

Dan kemudian semuanya kelam.

...

( Kim Jongdae p.o.v )

"Junmyeon! Jangan lah degil! Dah 5 butik kita pergi, semuanya hyung complain!" aku marah Junmyeon lalu mengambil sebotol air dengan kasar. Ya tuhan, penat gila nak mati layan bakal pengantin ni. Ada je yang tak kena. Lagi lagi bila pengantinnya orang yang berduit dan agak demand. Aku dengan Haneul takada macam ni pun.

"Jongdae, kita pergi makan dekat dengan butik yang Hyewon dengan Haneul pergi harini lah." cadang Junmyeon. Aku hanya menganggukkan kepala. Tiba tiba aku tersedar sesuatu. "Eh tapi kau mana boleh jumpa pengantin perempuan!"

Junmyeon hanya menyeringai. Aku cabut gigi kau karang.

Telefon aku berdering, jadi Junmyeon tolong tengokkan siapa yang telefon. Haneul. Aku dengan Junmyeon dah makin menjauh daripada butik yang kitaorang pergi tadi. "Slidekan." pinta aku. Dengan segera Junmyeon melarikan jarinya ke arah kanan.

"Hello. Neul? Are you okay?"

Dan tiba tiba aku terdengar bunyi kereta berhenti berhampiran dengan mereka. Senyap seketika kemudian aku dan Junmyeon terdengar jeritan Hanuel. Beberapa saat kemudian kedengaran jeritan Hyewon. Apa dah jadi?

"J-j-jongdae.. t-tolong.."

"Dae, aku rasa ada something tak elok jadi kat diorang ni." ujar Junmyeon. Lalu dia terus mengambil telefon pintar dia untuk tau di mana Haneul dan Hyewon sekarang ni berdasarkan gps dekat telefon diorang.

"Dah dekat ni Dae. Cepat sikit please. Aku tak sedap hati ni."

Bukan kau sorang Junmyeon. Aku pun..

Berita tentang Haneul mengandung pun hanya diketahui oleh aku dengan Haneul. Dia suruh aku sembunyikan perkara tu daripada orang lain, dengan alasan dia taknak orang lain halang dia daripada tolong Hyewon membuat persiapan semua ni.

"Kalau ikut gps ni dah dekat ni."

Beberapa minit kemudian, aku dah Junmyeon tiba di lokasi yang dinyatakan oleh gps. Kereta polis dan ambulans sudah berada di tempat kejadian. Haneul.. Hyewon..

( Kim Junmyeon p.o.v )

Hyewon.. kita cuma tinggal sebulan untuk sah jadi suami isteri. Kenapa mesti benda ni terjadi?

Aku terus menerjah pihak polis yang berada di situ. "Encik, apa jadi dengan tunang saya?" 

"Maaf encik, tapi kedua-dua mangsa ditikam. Sekarang ni mangsa akan dihantar ke hospital. Diharapkan encik berdua dapat bersabar." sebaik sahaja aku mendengar berita itu, aku terus jatuh terduduk. Hyewon..

"Junmyeon, jom. Kita pergi hospital."

Suara Jongdae. Serak? Dia nangis? "Jom Junmyeon. Kita kena sentiasa ada disisi diorang. That what mates do. Bukan menangis macam ni. Jom." Jongdae terus tarik tangan aku pergi ke arah kereta.

"Kau tidur lah dulu, tenangkan fikiran." kata Jongdae lalu meneguk air daripada botol minuman. Aku pandang dia seketika. "Habis tu kau macam mana?"

"Aku ok je ni. Kau tu berehat. Aku nak telefon Chanyeol dengan Baekhyun sekejap."

Byun Hyewon, jangan tinggalkan aku buat kali kedua. Aku taknak kehilangan kau. Cukuplah dulu, aku pernah rasa semua ni. Tuhan, kenapa aku lemah sangat ni?

Telefon segera aku capai. Nombor omma dan appa aku dail. Dengan tangan yang bergetar, aku melekapkan skrin telefon ke corong telinga.

"Omma, appa.. Hye-Hyewon kena tikam.."

[KJDISS #1] Mr. Secret | KJMWhere stories live. Discover now