M | pasar (1)

267 30 26
                                    

( Byun Hyewon p.o.v )

"Em Hyewon, Jongdae mesej aku lah. Dia ajak date pulak. Kau.. ok je kan jalan sorang sorang?" 

Aku mengeluh perlahan. Mula mula Yoora, lepastu Ceulrin, and now, Haneul pulak? Alah tak best lah jalan sorang sorang. "Bosan lah Neul jalan sorang sorang je." aku memberikan alasan. Aku takpernah jalan sorang sorang selama ni. Hahahaha #BustedHyewon

"Habis tu takkan nak ajak Jongdae sekali jalan dengan kita? Nanti kau muntah hijau, muntah pink semua keluar." kata Haneul lalu melihat skrin telefon pintarnya.

"Hyewon, mianhae, Dae aku dah tunggu. Nanti aku call kau. Jangan silentkan phone!" kemudian Haneul terus pergi ke arah kedai cenderahati. Kalau tau nak date kenapa nak ajak aku? Ala benci lah macam ni.

Aku, Byun Hyewon, berasa sangat bosan dan rasa nak menangis. Baekhyun oppa, Hyewon nak balik.

Nyesal pulak ikut haha. Hm tengok je lah apa yang best dekat pasar ni. Nasib baik Baekhyun oppa tersayang aku bagi duit banyak tadi. Setakat makan tadi, Haneul bayar semua. Kaya pulak minah tu.

Aku terus jalan menyusuri jalan dengan penuh kekecewaan dan duka lara. Hm jauh lagi ke nak sampai hujung pasar malam ni?

"ppalgan mat gungguemhae Honey, kkaemulmyeon jeomjeom nogadeun seuteuroberi geu mat."

Eh tu bukan ke music box? Kenapa keluar lagu kumpulan cake velvet ni? Revelvet ke?

Aku takboleh stop ketawa bila tengok mamat yang berpakaian sangatlah kasual melukis potret sambil menyanyi dan badan pulak meliuk liuk ikut rentak lagu. Kelakar. Aku sempat beli makanan dekat gerai berdekatan situ. Popcorn, rasa macam tengok wayang.

Aku nampak ada kawasan untuk duduk dekat bahagian belakang sana, jadi aku tergerak untuk duduk dekat sana, menikmati makanan ni.

Jadi hahahew sis cuba nak pastikan dia tak sedar aku nak chaw tapi ASDFGHJKL

"Nak pergi mana huh?" Hahahahahahahahaha rip Byun Hyewon. Baekhyun oppa, help me. Im dying rn ASDFGHJKL.

"S-s-saya nak pergi dekat belakang tu. H-ha belakang sana tu. Nak duduk." sambil tu aku tunjuk plastik berisi makanan.

"Untuk aku ke? Ok jom duduk. Aku lapar ni." sambil tu dia terus tarik tangan aku pergi dekat bangku yang ada. Eh sejak bila ada bangku ni? Haha lantaklah. Haha apa masalah mamat ni nak perasan aku belikan makanan untuk dia? Tapi tak elok kalau aku kecewakan hati dia. Jadi hm patut ke aku beli yang baru?

Aku baru je angkat punggung nak beli makanan yang baru, lelaki tu tegur aku. "Nak pergi mana?"

"Nak pergi beli makanan lah. Awak ambil lah makanan tu, saya beli yang baru." aku memberikan segaris senyuman kepada dia. Haha lawak apa kau buat ni Hyewon.

"Eh tak payah lah. Kita kongsi je. Saya pun lapar sikit je. Takpayah beli yang baru." kata lelaki itu dan kening aku terus berkerut. Kongsi makanan dengan lelaki? Are you serious Byun Hyewon?!

[KJDISS #1] Mr. Secret | KJMWhere stories live. Discover now