~Bab 2~

59 6 1
                                    

CHOCO terus mengiau kegirangan sambil bermain dengan bebola benang.Kucing itu menguis bebola itu sehingga bergolek dan kemudian menangkapnya semula.Setelah mendapatkan bebola itu,Choco menguis bebola itu sekali lagi.Kali ini,bebola itu tergolek sedikit jauh hingga ke bawah kabinet di ruang tamu.

  Choco memerhatikan sahaja bebola itu bergolek.Mungkin sudah hilang minat untuk bermain dengan bebola itu setelah lama dia bermain sendirian.Choco berjalan menghampiri Im Yoona.Dilihat tuannya itu masih tidur.Ada sisa-sisa air mata yang berbekas pada wajah tuannya itu.

  Kucing yang berekor panjang dan kembang itu mengiau seperti ingin mengejutkan Im Yoona.Setelah tiada sebarang reaksi daripada tuannya,Choco menguis tangan Im Yoona yang terjuntai di atas lantai.Kelihatan Im Yoona menggerakkan sedikit tubuhnya tetapi matanya masih terpejam.Choco menguis tangan Im Yoona sekali lagi.

"Arghh!!"jerit Im Yoona tiba-tiba sambil menjegilkan mata.

Choco terus melompat jauh sambik menderam kerana terperanjat dengan sergahan itu.Im Yoona ketawa kecil melihat reaksi kucingnya itu.

  "Padan Muka!!Tulah,suka sangat kacau orang tidur".ejek Im Yoona sambil menggeliat.
Choco hanya mengiau.Kemudian,kucing itu berlari ke arah dapur.Tidak lama kemudian,Choco kembali sambil membawa bekas makanannya.Im Yoona mengalihkan pandangan memandang kucing itu.Choco masih mengiau.

   "Huh!!Nak makan rupanya.Sebab tu kejutkan aku,"ujar Im Yoona.
Dia menggeliat sekali lagi untuk meregangkan urat-urat di badan.Badannya berasa lenguh akibat tertidur di atas sofa.Setelah itu,barulah dia bangun.Dia mengambil sebungkus makanan kucing dari almari dapur lalu dituangkan kedalam bekas makanan Choco.

Kucing itu tidak menunggu lama sebelum menikmati makanan petangnya.Im Yoona melihat jam di dinding.Sudah masuk pukul 5 petang.Agak lama jugak dia tertidur.Dia melihat sahaja Choco menghabiskan makanannya.Perutnya juga terasa lapar.
Pintu peti sejuk dibuka.Masih ada bahan mentah di dalam peti itu.Lebih baik dia memasak sahaja hari ini.Dia tidak bercadang untuk keluar ke mana mana

.Namun sebelum itu,dia mahu mandi terlebih dahulu untuk menyegarkan badannya.

SKIP.....

Agak lama dia meraup wajahnya .Ketika itu,air mata sudah membasahi pipinya.Satu per satu wajah keluarga dan kawan-kawannya bermain di ingatan.Dalam setiap memori itu mereka semua saling tersenyum dan ketawa.Semuanya adalah saat saat indah dalam hidupnya.Mereka yang belum mengetahui keadaa dirinya yang sebenar.Mereka akan terluka kelak apabila dia harus berterus terang.Tapi sebelum itu dia mahu melihat mereka semua tersenyum sekali lagi.

Im Yoona ingin meninggalkan memori terindah dalam akhir hidupnya.Ada banyak perkara yang dilakukannya.Dia tersenyum sambil merencanakan beberapa keinginannya.Im Yoona mengambil buku nota yang selalu digunakannya dari beg tangan yang terletak di atas meja solek di dalam bilik tidur.Dia menulis sesuatu di atas halaman baru buku nota itu sambil melihat kalendar di dalam telefon bimbit.

1:Nak bagi hadiah birthday yang sangat istimewa untuk Taeyeon,Tiffany,Chanyeol & Suho.

2:Tak lupa juga untuk Seohyun,Baekhyun & D.O.

3:Nak bagi segala yang terbaik kepada omma,Daehyun & Taehyung

4:Nak gembirakan omma(Nanti tak adalah omma sedih sngat)

5:Nak melawat Sungai Han,Zoo,Busan dan banyak tempat lagi (Kalau boleh nak melawat satu Korea).

6:'.'...

Im Yoona berhenti menulis.Hmm..apa lagi ya?Dia bertanya dalam hati.Kemudian,dia membaca kembali apa yang ditulis.Dia sekadar menulis apa yang terlintas dalam fikirannya ketika itu.Tidak dinafikan,dia terlalu ingin menggembirakan ommanya.Omma dan adik adiknye begitu penting dalam hidupnya.
   "Omma,maafkan yoon kalau yoon pergi dulu.Daehyun,Taehyung, kakak harap akak dah jadi akak yang terbaik buat korang berdua."ujar Im Yoon di hadapan cermin meja solek.
Kemudian dia melihat kembali catatannya.Ada sesuatu yang terlintas di fikirannya.

6:Tak boleh bercinta.LOVE IS NOT AN OPTION!!!

Im Yoona tersenyum kecil melihat baris terakhir catatannya.Ya!Cinta bukan satu pilihan bagi dirinya saat ini.Malah,dia tidak perlu pun untuk berharap dicintai sesiapa saat nyawanya di hujung nafas.Dia akan cuba sedaya upaya yang mungkin untuk mengelakkan hal itu.

Adakah dia layak dicintai lelaki dan bahagia pelukan cinta sedangkan dia sendiri tidak boleh menjanjikan kebahagiaan untuk lelaki itu?Biarlah dia pergi tanpa dicintai.Cukup sekadar disayangi...

~~637 WORDS~~Keep Voting^^

~Bila Hati Dah Suka~ (Korean Version)Where stories live. Discover now