MATAHARI terik menegak di atas kepala.Im Yoona mengesat peluh yang mula merenek di dahi.Bahang terik itu semakim membakar dirinya.Wajahnya terasa semakin panas.Mungkin sudah merah wajahnya ketika itu.Namun,dia masih mampu tersenyum sambil berjalan membawa sekotak kek.Dari jauh,dia sudah melihat sekumpulan kanak kanak sedang bermain di taman berhampiran wad kanak kanak.Kanak kanak itu sering bermain tidak mengira waktu.Kadang kadang,jururawat yang bertugas sering memarahi mereka,namun tidak seorang pun yang mendengar cakap.Hanya untuk seketika sahaja mereka mengikut kata.Selepas itu,pasti mereka akan kembali bermain setelah tiada orang yang mengganggu.Im Yoona tersenyum.Ada idea nakal bermain dalam fikirannya.Dia berjalan perlahan lahan menghampiri sekumpulan kanak kanak itu.
"Hah,kamu semua!Berapa kali unnie/noona nak pesan.Jangan main waktu tengah hari.Kan panas terik ni!"marah Im Yoona,sengaja berlagak sebagai seorang jururawat.
Sekumpulan kanak kanak yang sedang asyik bermain itu terus berlari dari situ.Tidak ada seorang pun yang menoleh ke belakang.Bola yang menjadi permainan mereka jugak tidak sempat diambil.Masing masing terkejut dengan sergahan tiba tiba itu.Im Yoona terus ketawa melihat mereka semua.Dia lucu melihat kanak kanak itu kelam kabut menyelamatkan diri daripada terus dimarahi.Keletah anak kecil memamg begitu menghiburkan.Dia pantas mengambil bola yang ditinggalkan.Dari satu sudut tiang,kanak kanak itu menjengukkan wajah,ingin melihat siapakah yang memarahi mereka.
YOU ARE READING
~Bila Hati Dah Suka~ (Korean Version)
Fanfic"Terus terang yoon katakan,yoon tak mungkin membenci sehun oppa..Sayang yoon sentiasa ada..Tapi....Yoon tak boleh!!Yoon tak layak untuk sehun oppa".-Im Yoona "Kalau aku dan kau..enjoy,happy,bahagia..atau apa aje perkataan yang positif,tak mungkin ak...