"TAK MUNGKIN,"ujar Doktor Luhan sambil terkebil kebil memandang sekeliling.
Dia berada di tengah tengah persimpangan empat di koridor kaki lima.Terpusing pusing dia di situ.Tidak pasti arah mana yang harus dituju.
"Aku dah sesat ke?"soal Doktor Luhan.Sudahlah tiada sesiapa ketika itu.
"Eh,sesat ke?"
Doktor Luhan terperanjat mendengarkan suara seorang gadis dari belakang.Pantas dia berpaling.Kelihatan seorang gadis muda sedang tersenyum sambil memandangnya.Dia tenggelam seketika dalam pandangan mata bundar gadis itu.Dia terdiam.Tidak pasti bagaimana untuk berbicara.
"Doktor Luhan.."
Doktor Luhan tersentak apabila namanya disebut gadis itu.Kelam kabut dia membetulkan diri.
"Ah,ya?"Hanya itu yang terluar dari mulut Doktor Luhan.
Dia masih terkejut dengan kemunculan gadis itu.
"Tadi doktor kata,doktor sesat.Doktor nak ke mana?"tanya gadis itu,prihatin.
Senyuman manis masih terukir di bibirnya.Entah mengapa,dia senang melihat doktor di hadapannya itu tampak sedikit kelam kabut dan menggelabah.
"Saya nak ke bilik Doktor Joongki tapi saya dah tak tahu pulak saya ada kat mana sekarang,"beritahu Doktor Luhan,jujur.
"Oh,Doktor Joongki.Kebetulan pulak.Saya pun memang nak ke sana.Jom,kita pergi sekali,"ajak gadis itu.
"Oh,ya ke?Baguslah kalau macam tu.Terima kasih ya,Cik..."
"Yoon.Panggil aje saya Yoon,"beritahu Im Yoona masih tersenyum.
"Oh,terima kasih ya,Cik Yoon,"ucap Doktor Luhan sekali lagi.
"Tak perlulah bercik-cik dengan saya.Panggil saya yoon aje dah cukup,"pinta Im Yoona.
Sedikit kekok pula apabila dipanggil cik.Dia lebih selesa dipanggil nama sahaja tanpa sebarang gelaran atau pangkat.
Doktor Luhan tersenyum memandangnya sambil mengangguk.Kemudian,dia berjalan beriringan dengan gadis yang baru dikenalinya itu.Tiada bicara diantara mereka.Masing masing senang berdiam diri sebelum sampai ke destinasi yang dituju.Sesekali,Doktor Luhan mengerling dan memandang gadis itu.Dia senang melihat Im Yoona tersenyum kecil sambil bersenandung halus.Pada pandangannya,gadis itu seorang yang ceria."Okey,dah sampai,"ujar Im Yoona sebaik sahaja sampai di hadapan pintu bilik Doktor Joongki.
Dia terus mengetuk pintu itu.Kedengaran suara Doktor Joongki menyuruh tetamunya masuk.
"Annyeonghaseyo,doktor,"ucap Im Yoona,ceria sambil tersenyum manis.
"Hah,Yoon.Kenapa patah balik ke sini?"tanya Doktor Joongki.
Im Yoona hanya tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Alah,sajalah yoon nak lawat doktor sekali lagi.Lagipun Yoon ada bawa doktor yang dah sesat tadi ni,"ujar Im Yoona sambil mengajak Doktor Luhan masuk ke dalam.
Berkerut dahi Doktor Joongki memandang doktor muda di samping Im Yoona.Seingatnya,belum pernah lagi dia bertemu dengan doktor itu.
"Maaflah,doktor.Saya terlewat sikit sebab masih belum biasa lagi dengan hospital ni.Tu yang tersesat sikit tadi,"beritahu Doktor Luhan,jujur.
"Saya Luhan,"ujar Doktor Luhan memperkenalkan diri.
"Oh,Doktor Luhan!Doktor pelatih yang baru kat sini kan?"tanya Doktor Joongki,ingin kepastian.
"Ya,saya.Dan saya diletakkan dibawah penyeliaan doktor,"ujar Doktor Luhan sambil mengangguk.
"Ya,memang betullah tu.Eh,jemputlah duduk.Buat apa berdiri aje?"pelawa Doktor Joongki,mesra.
YOU ARE READING
~Bila Hati Dah Suka~ (Korean Version)
Fanfiction"Terus terang yoon katakan,yoon tak mungkin membenci sehun oppa..Sayang yoon sentiasa ada..Tapi....Yoon tak boleh!!Yoon tak layak untuk sehun oppa".-Im Yoona "Kalau aku dan kau..enjoy,happy,bahagia..atau apa aje perkataan yang positif,tak mungkin ak...