~Bab 13~

30 4 3
                                    

IRENE Kim sengaja menambahkan lenggok jalannya ketika melalui sekumpulan namja yang sedang berbual bual berhampiran tempat parkir kereta.Dia tersenyum apabila telinganya dapat menangkap siulan nakal kumpulan namja itu.Ada kata kata nakal dan memikat turut dilemparkan.Namun,dia sengaja tidak mengendahkan.Baginya,namja namja seperti itu tidak penting.Hanya Ooh Sehun sahaja yang berjaya mencuri pandangan dan hatinya.

Dari jauh,Irene Kim dapat melihat kelibat namja dambaannya.Namun,senyuman yang bermain di bibirnya terus hilang sebaik sahaja melihat namja itu sedang berbual bual dengan seorang yeoja yang tidak dikenalinya.Tentu sahaja dia berasa cemburu.Dia tidak suka apabila ada yeoja lain cuba mendekati namja yang sepatutnya menjadi miliknya.Bibirnya diketap geram.Pantas dia mempercepatkan langkah untuk mendapatkan lelaki itu.

"Sehun!"panggil Irene Kim,manja

Ooh Sehun pantas berpaling memandang yeoja itu.Senyumannya sedikit hambar memandang yeoja itu tetapi Irene Kim sudah biasa dengan sikap acuh tak acuh namja itu.

"Irene,buat apa kat sini?"tanya Ooh Sehun.

"Hmm...I ingat nak ajak you keluar lunch.I seorang aje,tak ada teman nak pergi lunch,"beritahu Irene Kim.

Nadanya kedengaran semakin manja.Dia sengaja memaut lengan namja itu.

Berkerut dahi Ooh Sehun namun dia tidak menolak pautan itu.Irene Kim tersenyum kegembiraan walaupun riak wajah namja itu menunjukkan dia tidak selesa diperlakukan begitu.

'Mungkin dia dah mula sukakan aku agaknya?Sebab tu dia dah tak tolak pautan tangan aku.Akhirnya,Sehun terima jugak cinta aku.'getus hati kecil Irene Kim.

~Bila Hati Dah Suka~ (Korean Version)Where stories live. Discover now