~Bab 9~

23 4 0
                                    

TOING! Toing! Toing!

Sebiji bola melantun lantun ke arah Ooh Sehun.Langkahnya terhenti.Dia mengambil bola yang berhenti betul betul di hujung kakinya itu.Kemudian,dia mengangkat pandangan dan terlihat sekumpulan kanak kanak sedang bermain di sebuah taman di sebelah kirinya.Kanak kanak itu hanya memandangnya.Masing masing takut untuk menghampirinya.Risau dimarahi.Dia tersenyum sambil memandang sekumpulan kanak kanak itu.

"Ah,maaflah!Terkena pulak bola tu,"ucap seorang yeoja muda di kalangan kanak kanak itu.Dia mewakili mereka semua untuk mengambil kembali bola itu.

Ooh Sehun terdiam sambil memandang yeoja itu.Dia masih mengingati rupa paras yeoja itu.Yeoja sama yang terlanggar dia di pasar raya sebelum ini.Dia tersenyum memandang yeoja itu yang kelihatan sedikit kekok untuk melemparkan senyuman.Sudah dua kali mereka bertembung.

"Hmm...nak bola tu,"pinta yeoja itu.

"Oh,bola!Ambillah,"ujar Ooh Sehun lalu memulangkan kembali bola itu.

"Kamsahamnida,"ucap yeoja itu ceria sambil mengambil bola itu.

Selepas itu,dia berlari lari anak dan mendapatkan kembali sekumpulan kanak kanak yang sedang bermain tadi.Kanak kanak itu bersorak riang setelah mendapat kembali bola mereka.Mereka turut melambai kearah Ooh Sehun sambil mengucapkan terima kasih.Ketawa kecil lelaki itu,senang melihat gelagat sekumpulan kanak kanak itu.Ooh Sehun masih merenung yeoja tadi.Dia cuba mengingati kembali wajah itu.Semakin dia melihat,semakin dia yakin akan perasaannya.Dia memang pernah mengenali yeoja itu.Tetapi di mana?Dan paling penting,siapa dia?Keluhan berat melepasi rengkungnya.Dia menggeleng geleng,cuba mengusir perasaannya.Ingin bertanya tetapi segan jika tersalah orang.Jadi,dia mula melangkah kembali,ingin beredar dari situ.

~Bila Hati Dah Suka~ (Korean Version)Where stories live. Discover now