~Bab 12~

20 4 0
                                    

BAU wangian lavender memenuhi segenap ruang sebuah spa.Kelihatan seorang pekerja sedang memberi khidmat rawatan muka ke atas seorang pelanggan.Beberapa orang pekerja yang lain pulak sedang sibuk dengan tugas masing masing.Di sebuah pejabat kecil di dalam spa itu,kelihatan seorang yeoja sedang merias wajah.Gincu merah pekat dioles ke bibir.Setelah itu,sebotol wangian berjenama turut dikeluarkan dari beg tangan dan disembur beberapa kali ke badannya.Setelah berpuas hati,dia melangkah keluar dari pejabat yang agak kecil itu.Beberapa orang pekerja yang sedang sibuk pantas berpaling memandangnya sebaik sahaja tersedar kehadiran bos mereka.

  "So,how do I look?"tanya Irene Kim dengan lirikan manja.

  "Gorgeous!"jawab Seulgi,pantas.

  "Fabulous!"sahut Xiatong pula,satu satunya pekerja berbangsa Cina di spa itu.

Irene Kim terus mengukir senyuman puas hati dengan pujian yang diberikan.Sempat lagi dia menggayakan diri di hadapan sebuah cermin besar di ruangan hadapan spa itu.

'Yup,perfect!' Getus hati kecilnya.

  "So,Seulgi.Macam biasa ya.Tolong tengokkan spa ni.I nak keluar lunch sekejap,"arah Irene Kim.

  "Baik,bos,"jawab Seulgi.

Yeoja muda tinggi lampai itu pun tidak berlama lagi di situ.Pantas sahaja dia mengatur lenggok gemalainya keluar dari spa itu.Apabila semakin hampir dengan keretanya,Irene Kim mengeluarkan kunci kereta dari beg tangan.Terus sahaja dia memboloskan diri masuk ke dalam kereta.Tidak mahu berlama di luar dengan terik matahari.Takut nanti cair pula mekapnya.

~Bila Hati Dah Suka~ (Korean Version)Where stories live. Discover now