"My lips say 'i'm fine' but my eyes tell a different story,my heart sings a different tune and my soul just weeps"🌷🌷🌷
Fiya P.O.V
"Mama lama lagi ke nak sampai?" Tanyaku pada ibu terchenta yang berada di seat hadapan
"Dalam setengah jam lagi sampailah" jawab papa
Tanya orang lain orang lain yang jawab
And yups kitorang dalam perjalanan untuk pergi bercuti.Musim cuti sekolah kan
Anak tunggal? Tak lah..aku masih ada dua orang abang yang masuk air kat rumah.Along dan Angah.Along ni matang and boleh harap la jugak tapi kalau Angah,Nauzubillah perangainya 10 kali ganda teruk dari aku.
Tapi kadang-kadang Along berjangkit jugak dengan perangai Angah sebab diorang kembar so sama-sama masuk air.
Nama pun kembar of course sehati sejiwa,dua kepala,dua hidung,empat kaki,empat tangan.
Okey okey stop stop!And abang-abang aku tak dapat ikut since peperiksaan spm diorang just around the corner
Sedang aku menguyah corntoz perisa chilli cheez yang hampir tinggal separuh dalam plastik,tiba-tiba...
Dumm!!
Arhh!!
Gelap
🌷🌷🌷
"Arghh" aku tersedar dari mimpi.Badan ku menggigil,dada bergelombang ganas.Semacam satu kengerian yang berbaur rasa takut yang teramat,perasaan itu telah menyelubungi rangkaian urat sarafku.Bantal peluk Gopal lencun dengan air jernih dari tubir mataku
"Fiya kenapa ni?" Tanya abang sulungku yang tersedar dari lenanya dek jeritan aku yang AGAK kuat
Kami sebilik,and ada sebabnya.Jangan fikir bukan-bukan
"Fiya takut" ujarku sambil memeluk abang tersayangku itu.Sudah hampir sebulan peristiwa hitam pekat itu berlalu tapi mimpi akan kesepian dan kengerian yang begitu seni lagi tajam itu masih menghantui diri
"Dah-dah tak mau nangis-nangis ni.Jom keluar.Breakfast"
🌷🌷🌷
"Kenapa ni Fiya?" Tegur papa yang berura-ura untuk ke pejabat apabila nampak mataku yang basah kuyup dek dibanjiri air mata
"Fiya rindu mama" ucapku sepatah
"Dah la tu Fiya.Mama tak kan tenang kat sana kalau Fiya asyik nangis macam ni"
"Tapi..tapi" ucapku bersama sendu
"Papa tahu Fiya tabah.Kuatkan semangat ye sayang.Papa dah lewat ni.Pergi dulu" papa pergi selepas mencium lembut dahiku
🌷🌷🌷
Aku yang berura-ura hendak ke dapur terhenti bila terdengar perbualan antara abang aku itu
"Dah hampir sebulan.Tapi dia tak dapat lupa lagi pasal kejadian tu"ujar abang keduaku Ikmal Alias
"Bukan senang.Kau kena faham dia.Lebih-lebih lagi dia paling rapat dengan mama antara kita semua" nasihat abang sulungku Akmal Ilias
Nama diorang hampir sama
Akmal Ilias
Ikmal Alias
Tukar A ngan I je
Tapi nama aku.Jauh beza.
Safiya Zahrah.sebabnya?First,obviously sebab diorang kembar.Kembar wajib nama hampir sama eh? Tak jugak cuma setakat ni semua kembar yang aku jumpa nama nak dekat sama,tak ramai pon aku jumpa..dua pasangan je.
YOU ARE READING
Autophobia
General Fiction[ #26 in General Fiction ] _________________________________________ [Autophobia-the fear of being alone] If you keep your dream, It's bound to c...