"Tears are words the heart can't say"🍁🍁🍁
"Fiya,mungkin maklumat ni salah.Nanti aku try selidik balik okey?"
Maira cuba meredakan kemarahan aku yang tengah menggelegak ibarat gunung berapi yang akan meletup anytime,anywhere
"Tak.Aku yakin semuanya betul.Along dan Angah pun dah cakap pasal benda ni so aku yakin benda ni betul"
"Fiya-"
"Maira.Mama aku.Mama aku dibunuh Maira! Semua yang berlaku tu bukan kemalangan! Mama aku pergi sebab lelaki tu.Aku jadi macam ni sebab lelaki tak gun* tu! Hidup aku kucar kacir tanpa Mama sebab dia.Semuanya sebab dia!"
Kebenaran yang sangat pahit untuk ditelan malah perit untuk diterima
"Fiya,sabar la.Mesti semua ni cuma salah faham je.Kalau betul ni bukan kemalangan mesti polis dah tangkap budak si*l tu.Cuba fikir positif"
"Kau dah lupa ke? Budak tu darah diraja.Semua benda yang dia nak mesti dia dapat.Lagipun sekadar nak palsukan kes ape susah? Dengan kuasa dan pangkat semua boleh!" Bentakku kerana Maira seakan-akan menyebelahi lelaki itu
"Maira-" panggilku lemah
"Ya Fiya? Aku ada ni.Kau boleh luahkan semuanya kat aku"
"Aku nak balas dendam" tuturku laju
"Fiya kau jangan fikir bukan-bukan.Jangan buat jahat Fiya,niat apatah lagi.Kalau kau buat dia,kau pun sama jahat macam dia Fiya"
"Aku perlu Maira.Takkan aku nak biarkan je orang yang dah bunuh wanita kesayangan aku bersuka ria kat luar sana!?"
"Aku faham perasaan kau Fiya,tapi-"
"Tak! Kau tak faham! Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul Maira! Kau takkan pernah faham ape yang aku rasa.Kesedihan kehilangan seorang insan yang amat berharga buat kau.Bukan kekasih,bukan suami,bahkan bukan adik beradik sendiri.Tapi ibu Maira,seorang ibu yang bertarung nyawa hanya untuk melahirkan aku.Seseorang yang sanggup gadaikan nyawanya untuk aku"
Empangan air mata yang ditahan sedari tadi,kini pecah jua.Tidak dapat dibendung betapa peritnya perasaaan ini
"Tapi benda ni tetap salah Fiya"
"Kalau kau tak nak terlibat,aku takkan paksa"
Aku berura-ura mahu menamatkan panggilan tapi panggilan Maira menghentikan
"Okay,okay.Aku setuju.Tapi apa yang kau rancang? Just jangan buat benda bodo* please"
"Kau cakap dia pernah depressed dan dia jadi tak waras sebab cinta kan?"
'Huh,anak orang kaya.Hanya kerana cinta hidup binasa' monolog aku
"Ha'ah,kenapa?"
"Aku akan guna cara tu.Aku akan rampas hati dia,buat dia melutut kat kaki aku,lepas tu tinggalkan dia supaya dia merana seumur hidup dia dan jadi tak waras.Haha"aku ketawa macam pesakit yang terlepas dari Tanjung Rambutan
"Kau biar betul? Tak baik tau.Mesti dia dah trauma teruk sebab peristiwa tu.Tak kan kau nak ungkit balik.Aku tahu sejarah mungkin berulang tapi kejam la"
"Kau tak fikir ke perasaan aku? Aku terpaksa merana seumur hidup sebab kehilangan ibu tersayang.Yang mana lagi perit? Yang mana lagi sakit hah?"
"Ok ok.Aku faham"
"So,deal?" Tanyaku
"Deal! Aku akan tolong kau hapuskan mamat si*l tu"
Balas Maira di hujung panggilan sana
YOU ARE READING
Autophobia
General Fiction[ #26 in General Fiction ] _________________________________________ [Autophobia-the fear of being alone] If you keep your dream, It's bound to c...