Bab 13^^

99 19 2
                                    

"Silent tears,hold the loudest pain"

🌷🌷🌷

"Hujan yang turun bagaikan mutiara" aku menyanyi kejap sambil menunggu hujan reda

Kenapa lah aku suruh pak cik tu letak kereta kat luar sekolah! Nasib badan

"Fiya!"

"KERETA ANAK AKU HIJAU" latahku

'Aku latah camtu sebab aku nampak kereta warna putih + budak perempuan rambut tocang yang tengah nak naik kereta tu + katak hijau yang turut sama melompat dalam kereta tu =kereta anak aku hijau'

Aku jeling Arhan yang dah ketawa terbahak-bahak

Selepas tiga minit

"Tak habis lagi ke?" Tanyaku pada Arhan yang masih dengan sisa ketawanya

Dia angkat tangan tanda sekejap.

Selepas satu minit

"Dah dah,dah siap"

Suasana antara kami sepi seketika dan hanya ditemani bunyi hujan

Aku nampak Arhan tengah keluarkan sesuatu dari dalam beg dia

Dia nak bagi payung untuk aku ke? Lepastu dia nak cakap yang dia sanggup redah hujan?

Atau

Dia nak kongsi payung dia dengan aku?

Okey,itu agak sweet

"Nah" ujarnya

Aku tersenyum manis lalu mengambil LOLIPOP?

Yelah kan.Ini bukan novel

Perempuan yang macam aku ni pun malas bawa payung tak kan lelaki macam dia ni rajin pula kan?

"Jom" ajak Arhan

"Mana?" Tanyaku

"Kereta kau kat luar sekolah kan? Aku temankan kau pergi luar"

"Bukan driver kau datang ambik kat sini ek?"

"Tak.Harini aku suruh ambik kat luar.Haih,nasib aku memang malang kan,harini juga hujan nak turun"

Aku hanya menggangguk

Tapi aku nampak Arhan tengah kenyit-kenyit mata pada sorang pak cik yang kedudukannya agak jauh dari kitorang

"Sape tu?" Tanyaku

"Hah? Mana?
Eh,jomlah.Nanti hujan makin lebat karang,susah pula"

Ya,aku tahu dia sengaja tukar topik

Tapi belum sempat aku menjawab,dia dah tarik tangan aku maka bermulalah drama hindustan kami sambil pelajar-pelajar junior menjadi penonton tak berbayar

Kami berteduh di sebuah pokok besar yang berada di tepi kereta aku

"Aku pergi dulu.Tak pe ke kau sorang-sorang? Ke nak aku hantarkan?"

Arhan memandang ke arah seseorang di dalam sekolah sebelum menjawab

"No need"

"Okey,gerak lu" pintaku

Belum sempat aku buka pintu kereta,Arhan tarik tangan aku

Dia kemudiannya menyarungkan kot pengawasnya ke badan aku

"Sejuk" ujarnya sepatah

Aku kaku seketika.Seketika sahaja sebab

"Kau buat lawak ke?" Tanyaku

AutophobiaWhere stories live. Discover now