Bab 6^^

126 22 6
                                    


"Smiling has always been easier than explaining why you're sad"

🍀🍀🍀

'Dia ni..'














'Hensem'

Sempat lagi kau puji dia Fiya.
Tapi kenapa rasa macam kenal je dia ni.

"Okey tak?" Tanya lelaki itu sekali lagi sambil tangannya masih dihulurkan ke arah aku

Aku pegang pergelangan tangan dia lalu bangun.Yelah rezeki jangan ditolak kan? Tangan jejaka hensem kot.

"Thanks" ujarku sambil tersenyum manis.

Baru aku berura-ura hendak pergi si dia menegur

"Awak tak ingat saya?"

"Tak" jawabku sepatah

"Ala tak kan tak ingat.Budak hot yang selamatkan awak semalam" ujar dia bersungguh

Semalam?
Ye tak ye! Mamat ni yang buatkan aku ikrar jadi anti bola semalam.

Ape dia cakap? Selamatkan? Bukan dia ke yang cederakan aku?

"Again,who are you?"

"I'm your father"

Dia ingat lawak?

"Tak lawak"

"I am me?" Dia cuba lagi

Aku bagi jelingan setajam pedang Ninja Turtle kat dia

"Gurau je" ujar si dia

"Awak pelajar baru kan? Nama awak" katanya lagi

Dia tanya nama aku ke? Jangan bagitahu dia Fiya nanti kau akan malu kerana termalukan di sendiri dengan peristiwa yang memalukan macam kau malukan diri kau kat depan Isyq.

"Tak de nama" jawabku sepatah

"Tak,saya bukan tanya nama awak saya cuma.."

Belum sempat dia habiskan ayat dia aku sudah berlalu pergi kerana malu yang lebih tinggi dari rambut mamat tu.

Aku nampak dia terkelu

Tapi belum sempat aku pergi jauh,dia menjerit

"Nama awak Safiya Zahrah,bunga yang bersih dan jujur!.Saya cuma nak puji nama awak.Cantik macam tuan dia!"

Laung lelaki itu kuat

Aku terkedu.Dia baru je puji aku.
Oh God! My heart beat so fast.

Aku buat-buat tak dengar lepas tu lajukan langkah masuk kelas.

🍀🍀🍀

(5 Gold 2)

Baru aku berjalan tiga langkah masuk ke kelas aku ambil keputusan untuk buat u-turn bila nampak singa betina tengah tunggu aku betul-betul depan meja aku.

"Kau jangan nak lari! Bagi balik coklat aku"

"Err..dah tak de" ujarku takut-takut

"Kau makan cadbury aku!?" Bentak Diyah geram

"Taklah! Aku buang" ujar aku memperbetulkan yang salah

"Yang kau pergi buang tu apahal?"

"Sebenarnya..Masa kau minta aku letak atas meja tadi,aku pergi letak atas kerusi.Lepastu budak pickupline tu duduk tempat kau sebab dia cakap nak berbual dengan aku.Tapi sebab aku tak layan dia,dia lepaskan kentut kat tempat kau" ujarku

AutophobiaWhere stories live. Discover now