Bab 3^^

148 26 1
                                    


"Silence is just another word for pain"

🍀🍀🍀

"Goooollllll,Gool Gool Gooooll!!!!"Dia nanyi lagu yang Boboiboy nyanyi masa dapat jaring gol time lawan dengan Adudu

Aku jeling Angah yang berada di tepi.Ya Allah jeritan dia boleh buatkan gegendang telinga aku pecah

Dan kalau ada yang masih keliru,kami sedang duduk di atas sofa bersaiz panjang yang berwarna rose brown sambil tengok bola yang membosankan.
Ini semua salah Horlicks tu!Kalau Horlick tu tak goda aku,aku tak kan ambik Horlicks tu.

So penjenayahnya ialah Horlicks tu.Tapi aku yang dihukum memandangkan horlick tu selamat mendarat dalam badan aku

Selepas 10 minit.

"Angah,Fiya ngantuk"

"Chill la.baru nak start je ni"

'Hotak kau baru nak start'

Selepas 20 minit

"Angah i'm sleepy"

"Keep quiet Fiya"

Selepas 21 minit

"Tapi kan kenapa Angah suruh Fiya teman? Selalunya ok je tengok sorang-sorang?"

"Sebab semalam ada awek lawa rambut panjang baju putih cuba nak goda Angah"

Berseriau darah aku dibuatnya

"Habitu kalau Fiya ada,benda tu tak datang dah ke?"

"Probably.Sebab mungkin dia ingat Fiya ni kekasih Angah so dia akan pergi cari mangsa lain"

Aku tergamam

"Hipotesis ditolak"

Selepas 30 minit

"Angah,Fiya rasa mata Fiya dah tercabut"

Angah pegang dagu aku dan pusingkan muka aku menghadap mukanya

"Jangan risau,tak tercabut lagi"

Aku buat muka duck face

"Weh,sebijik dengan swan la"

"Angah,swan tu angsa la"

"Angah tahu.Rupa kau sama macam..macamm"

"Cakap je la Angah tak tahu itik dalam bahasa inggeris ape"

English Angan memang broken.Broken teruk

Dah kantoi masih tak nak mengaku.Tak tahu malu betul.Kamu tak tahu mula,suka-suka saja kau buat begitu..eh,TERnyanyi pula

Selepas 35 minit

Aku tertidur di atas sofa.Kepala beralaskan paha Angah.Tommy pula tidur di atas tangan aku.

Lupa nak bagitahu,aku ada bela seekor mamalia yang nama saintifiknya ialah felis catus dan digelar sebagai 'kucing' oleh rakyat sekalian alam.

Along pula bela testudinidea iaitu kura-kura.

Angah pula tak ada haiwan peliharaan sebab diri dia pun tak terurus

Tapi kadang-kadang aku rasa Tommy selalu lupa sape tuan dia sebab aku,Angah,arwah Mama dan Papa sayang sangat kat dia dan manjakan dia.Except Along sebab Tommy pernah cuba nak makan kura-kura dia Si Jerry.Aku tak tahu la macam mana Si Tommy boleh fikir yang kura-kura tu tikus

Ye,aku tahu nama kucing dan kura-kura tu sama macam dalam Tom and Jerry tapi aku rasa tu better sebab ada orang yang letak nama arnab dia 'kitty'.

Dia ingat 'kitty' maksudnya comel.Aku tak sampai hati nak hancurkan imaginasi dia tu.So aku tak bagitahu perkara sebenar.

AutophobiaWhere stories live. Discover now