Bab 11^^

104 18 3
                                    


"Just because my path is different,
Doesn't mean i'm lost"

🍁🍁🍁




Aku buka mata dan terperanjat melihat Hakim yang tengah mengerang kesakitan di atas tangga.Muka Diyah di sebelahnya sudah tampak pucat

Tanpa menghiraukan sakit pada bahagian kulit di tangan aku yang terkoyak kerana terkena besi pemegang tangga,aku terus berlari ke arah Hakim

Malaun main bola tadi dah tak menampakkan batang hidung diorang

"Kau okey tak? Ada sakit kat mana-mana tak?" Tanyaku resah pada Hakim yang sudah berpeluh

"Kaki" jawabnya sepatah

Aku memeriksa kakinya,tampak tiada kecederaan parah,kaki dia hanya terseliuh.Over acting betul

Aku penolong pengerusi kelab bulan sabit merah kat sekolah lama dulu

Tak tanya?

Diam sudah

"Diyah,tolong aku papah Hakim pergi bilik kesihatan ek" aku pinta pertolongan Diyah

Diyah hanya mengangguk

🍁🍁🍁

Selesai Mrs Jane membalut kaki Hakim,dia keluar untuk makan dan minta aku tolong tengok kan Hakim.
Diyah dah hilang lepas tolong hantar Hakim tadi

Aku hanya akur memandangkan Hakim luka sebab selamatkan aku

"Aku nak pi beli makanan jap .Mrs Jane suruh kau makan dulu baru makan ubat.Kau nak makan apa ni?" Tanyaku lalu bangun dari kerusi yang berada di sisi katil

"Fiya" panggil Hakim lalu memaut lenganku erat

"Jangan tinggalkan aku sorang-sorang kat sini" ujarnya lagi

"Kim,kau jangan nak buat drama semata-mata tak nak makan ubat.Drama melayu camtu tak berkesan pada aku.Aku tahu kau anti ubat tapi kau kena makan jugak" bagitahu ku sambil melepaskan pegangan Hakim tadi

"Alaa,boleh la.Kalini je.Kau kan sayang aku,jadi tunaikan la permintaan pertama dan terakhir aku ni" pinta Hakim sambil membuat muka meraih simpati

"Sebab aku sayang kau la aku paksa kau makan ubat,baru sihat" jawabku

Hakim mencebik

"Kan aku dah selamatkan kau.Kau balasla jasa aku ni" pintanya lagi

Mengungkit nampak?

"Kim,kau tak kan mati kalau makan ubat tapi kau mungkin mati kalau tak makan ubat" jawabku lagi

"Aku pergi beli makanan ni" laungku dari luar bilik kesihatan

🍁🍁🍁

Selesai membeli beberapa keping roti dan air mineral,aku mengatur langkah ke bilik kesihatan

Belum sempat melangkah,aku sempat menangkap figura Diyah dan Mina di meja paling hujung dalam cafe

"Yoyoyoyoy" tegurku atau lebih tepat sergahku

Diorang nampak terkejut.Diyah pandang aku lepas tu jeling arah lain

Dah kenapa minah ni?

"Kenapa ni?" Aku tanya separuh berbisik kepada Mina

"Aku cerita nanti" ujar Mina satu per empat berbisik

Diyah bangun dari tempat duduknya lalu menumbuk meja kuat dan melangkah pergi

AutophobiaWhere stories live. Discover now