Harini hari yang panjang dan memenatkan.
Tadi Namjoon ajak aku teman dia pergi beli barang dapur tapi aku tolak.
Sebab harini adik aku balik. Aku kene pergi sekolah ambik dia sebelum dia balik naik bas.
"Park jinyoung!" Aku berlari mendapatkan adiku yang membelakangi aku mungkin sedang mencari aku.
"Noona!" Dia mengalas beg sandang yang diletakkan di tanah.
"Jangan la lari-lari noona"Dia bercekak pinggang.
"Eh pandai pula ajar orang,Dah jom kesian kat adik noona yang sorang ni penat ye" Aku mengusap ubunnya.
"Jom" Dia merangkul leher ku lalu aku memegang pinggangnya.
Kami berjalan ke kereta.
"Noona masuk dulu start enjin" Aku ditolak perlahan.
"Okay"Aku menuju ke tempat duduk pemandu lalu membuka enjin dan duduk di dalam menunggu Jinyoung.
Tiba-tiba dia buka pintu belakang dan duduk.
"Eh eh ingat noona driver Jinyoung ke? Meh sini duduk depan"Aku memandang cermin dan melihat Jinyoung yang sudah pun tersengih.
"Sekali sekala" Lalu Jinyoung lekas duduk di sebelah aku.
Kami gerak.
"Jinyoung jom makan dulu. Jinyoung adiku yang tersayang nak makan dekat mana" Aku bertanya kepada adiku tetapi mata masih fokus pada permanduan.
"Mana-mana yang berbaloi" Jinyoung sibuk membetulkan rambutnya di cermin.
"Dah agak" Aku terus membelok ke kanan di simpang empat.
***
"Macamana camp? Best?" Aku memulakan perbicaraan memandangkan Jinyoung ni makan gelojoh sangat. Lapar gamaknya, biasalah lah camp, makan memang makan tapi tak puas.
"Best sangat! Mula-mula kitaorang..."
Jinyoung ni kalau bercerita sampai esok pun tak habis.
***
Jinyoung kata dia nak bayarkan tapi guna duit aku juga haihh bertuah punya budak.
Tiba-tiba aku nampak Namjoon. Aku biar je la sebab dia tak perasan aku pun, malas nak jerit jerit panggil dia.
Tengah dia berjalan, dia perasan pula aku. Ingatkan tak jumpa lah harini HAHAHAHAH.
"Eunra! Apa awak buat kat sini!" Namjoon menuju pada aku sambil melambai pada aku.
"Saya makan dengan adik saya" Aku membalas lambaian hingga Namjoon sampai pada aku.
"Oh adik awak yang awak cerita tu ke? Jadi mana adik awak? Saya nak jumpa" Matanya menilau mencari Jinyoung dalam kedai.
Tiba-tiba aku terperasan tali kasut aku terbuka.
"Namjoon pegang ini kejap" Aku menghulurkan sling bag aku pada dia.
Lalu aku tunduk mengikat tali kasut ku.
Tak semena-mena Jinyoung datang dari dalam kedai dan terus menumbuk muka Namjoon.
"Jinyoung!!" Aku terkesima. Langsung dia hiraukan aku. Bertubi-tubi tumbukan singgah di muka Namjoon.
"Jinyoung cukup" Aku menjerit kuat kerana tak sangka pula adik aku jadi macamni. Apa tah dia belajar kat camp tu.
Lagipun orang ramai juga terkedu melihat peristiwa itu.
Jinyoung masih tidak melepaskan Namjoon malahan sempat lagi Jinyoung mengangkat Namjoon supaya berdiri untuk mungkin menumbuk lagi.
"Lelaki ni nak ragut noona!" Laju Jinyoung menunding jari pada Namjoon. Namjoon pula menidakkanya. Lekas Jinyoung menghayunkan penumbuknya namun laju aku memeluk Jinyoung.
"Sudah lah Jinyoung, dengar cakap noona. Dia baik" Lemah aku bercakap padanya.
"Noona-" aku rebah dalam dakapan Jinyoung.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Hurt | Kim Namjoon
Kısa Hikaye[HIGHEST RANKED #2 IN #sadlove] Sejak Namjoon mengenali Eunra tidak pernah sekali pun dia melihat wanita ini tersenyum. Dapatkah Namjoon membantu bangkitkan kembali harapan Eunra? . . . -"Awak tak menyesal ke kenal saya?" . . . -"Saya tak pernah m...