Hari ini genap lapan tahun selepas pemergian Noona. Aku berdiri di hadapan makam ini dengan perasaan yang hiba. Sesungguhnya terasa baru semalam Noona meninggalkan aku.
"Youngie!" Aku menoleh dan tersenyum kepada gadis yang memegang erat tangan anak kecil itu.
Aku mendukung anak muda yang baru sahaja terkedek-kedek berlari ke arah aku.
"Lamanya appa~ Insung dah lapar ni." Mencebik anak kecil ini sambil mengusap perut tandanya yang dia sedang lapar.
Tergelak tawa aku melihat kecomelan satu satunya anak lelaki aku ini.
"Okaylah jom kita pergi makan." Terus aku menuju ke arah isteriku yang setia menungguku.
Aku hulurkan tangan dan dia menyambutnya.
"Kajja." Aku menarik lembut isteri ke dalam dakapan sebelum berjalan keluar dari makam ini.
"Youngie dah berbahagia Noona. Terima kasih noona."
***
"Aku dah lambat ni!" Aku berlari laju kerana aku sudah terlambat untuk pendaftaran aku sebagai doktor baru dalam bidang pembedahan.
Buk! Seseorang telah melanggar aku dan mendarat di atas aku.
Mata aku luas terbuka. Rambutnya yang mengurai menutup muka aku.
Laju dia bangun dan menunduk.
"Maafkan saya encik. Saya tak perasan encik." Berkali-kali dia menunduk.
"Lain kali jalan tu teng-" aku tergamam. Mukanya seiras E-eunra. Gayanya juga tidak asing. Seakan tidak percaya.
"Eunra?" Aku menyoalnya sambil mata aku tepat menatap mukanya.
"Eh tidak. Nama saya ialah Haera. Kim Haera. Ini kad saya." Laju dia membuka begnya dan menghulurkan aku sekeping kad.
Seoul Hospital? Bukan ke hospital yang aku daftar tu?
"Saya doktor baru dekat sana. Awak ada cedera ke boleh saya ubatkan?" Semuanya kebetulan. Maknanya aku bakal menjadi rakan sekerjanya?
"Saya pun doktor kat situ tapi baru hari ini hari pertama." Aku mengusap leher aku.
"K-kim Namjoon?" Ah sudah mana dia tahu nama aku.
"Ya saya." Aku tersenyih dalam kepelikan.
"Awak lah doktor baru dalam bidang pembedahan tu? Maknanya awak rakan sekerja saya." Beria gadis ini berbicara. Aku pula lega. Boleh buat kawan di tempat baru macam tu.
"Eh jomlah kita. Dah lambat ni." Aku kembali berlari anak sebelum dia mengikuti aku.
Gayanya berlari memang cukup serupa. Semuanya serupa. Seperti aku sedang berlari bersama Park Eunra yang aku cintai.
"Adakah ini pelanduk dua serupa awak Eunra?"
"Saya rindukan awak eun!"
Semuanya yang datang ada baik dan buruk. Kita sebagai penerima harus memupuknya supaya mendatangkan kebaikan kepada kita. Jika tidak akan binasa.
Bergitu juga hati manusia. Baik kita kepada orang. Baik jugah orang kepada kita. Semuanya bergantung kepada kita. Kitalah yang pertamanya
XOXO Eunra yang baik lagikan cantik sebagai watak utama kisah ini!
•••••••••
Alhamdulillah habis juga sebuah kisah baru ini. Terima kasih yang menyokong dan terima kasih juga yang memberi komen supaya kisah ini dibaiki kepada lebih baik! Harap fanfic ini dapat readers dan jumlah vote yang memuaskan. Tq!
XOXO authors yang baik lagikan hambar;)

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Hurt | Kim Namjoon
Short Story[HIGHEST RANKED #2 IN #sadlove] Sejak Namjoon mengenali Eunra tidak pernah sekali pun dia melihat wanita ini tersenyum. Dapatkah Namjoon membantu bangkitkan kembali harapan Eunra? . . . -"Awak tak menyesal ke kenal saya?" . . . -"Saya tak pernah m...