6

294 23 0
                                    

Malamni Jinyoung ni ajak aku keluar pula. Dia ni memang tak lekat kat rumah, tapi kalau dengan aku je. Dia ni mana pernah keluar tanpa aku. Kadang-kadang aku terfikir juga dia ni tak malu ke asyik keluar dengan kakak dia. Lepas tu tak ke rasa aku ni menyusahkan?

Heh tipulah kalau kata tak pernah.
Aku sendiri pun rasa macam tu ini kan pula orang lain.

Aku malas sangat sebenarnya tapi aku mesti luangkan lebih masa dengan Jinyoung ni.
Jadi disebabkan sekarang ni aku malas dan cuaca sekarang ni sejuk aku mengenakan jean hitam dan pink oversized hoodie, rambut aku biarkan lepas.

So lepas buat decision kitaorang mengambil keputusan untuk jalan kaki berbanding naik kereta walaupun aku tak setuju tapi tahula camna perangai adik aku ni, alasan dia sebab nak bagi aku ambil udara segara daripada terperuk kat rumah.

Hampir 15 minit juga la kitaorang jalan sampai kat tepi sungai ni. Dia ni nak bagi aku hirup udara ke nak bagi aku mati kekurangan oksigen kat sini. Penat seyh.

Nasib ada bangku kat sini laju je aku duduk.

"Noona duduk sini kejap, Jinyoung nak beli something"Laju je dia berlari. Aku tersenyum tengok adik aku ni baik je.

5 minit kemudian munculah si Jinyoung ni dengan dua beg plastik. Satu beg tu dia jaga bukan main Macam somethingg yang berair. Apa la dia membazir ni beli-banyak.

"Noona sorry lambat. Tadi ramai orang" Terus dia meletakkan plastik itu sebelah aku.
Lepas itu terus dia keluarkan dua cup ramen.
Lagi buat Aku tersenyum bila itu memang ramen favourite aku.

"Special untuk noona yang ni"Jinyoung menyelak aluminium dia atas cup dan terus beri pada aku di ikuti sepasang chopstick.

"Terima kasih" Aku mengaul ramen tersebut. Habis wap air kene muka aku.

Perkara yang sama dilakukan oleh Jinyoung tetapi pada dia.

"Jinyoung" Aku cuba membuka kata tetapi aku teruskan menikmati hidangan aku sambil melihat suasana aman damai di sungai ini.

"Terima kasih sebab sudi jaga noona." Aku tersenyum lalu memandang Jinyoung yang sibuk menghirup ramennya.

"Noona. Noona boleh tak jangan asyik cakap macam tu. Noona tahukan Jinyoung ni adik noona. Jinyoung cuma ada noona je. Jinyoung dah takda sesiapa melainkan noona" Aku tahu sekarang memang dia tengah marah dengan aku. Tapi mungkin ini kali terakhir nak ucap terima kasih kat dia.

Mata aku sudah berair. Aku memang tak boleh nak tinggalkan adik kesayangan aku ni. Aku tak harap dia hidup seorang diri.

"Tapikan penyakit noona dah makin kritikal. Kenapa Jinyoung tak cepat cepat cari teman hidup."Aku berkata dengan nada yang sangat kesal. Aku tak dapat tahan air mata aku untuk mengalir.

Aku tahu dia juga merasakan apa yang aku rasa. Tapi dia hanya senyap.

"Sampai bila Jinyoung nak macam ni" Sudahpun aku meletakkan ramen aku di tepi. Bukan apa selera makan aku dah hilang.

Aku memang nak sangat tengok dia sampai kat alam perkahwinan sebab sekurang-kurangnya dia dah ade keluarga yang boleh tengok-tengokkan dia. Bukan apa ibu dan ayah pun dah takde, dah memang takde siapa boleh tengokkan dia. Aku pun tak tahu berapa lama lagi boleh bertahan.

"Jinyoung tolong lah tunaikan permintaan noona. Jinyoung tolongla cari peneman hidup! Susah sangat ke permintaan noona!" Entah kenapa nada aku semakin tinggi.

"Tolonglah Jinyoung,dengar cakap noona." Aku mengelap air mata aku sendiri. Aku taknak pandang dia. Sebab aku tahu! Aku tahu dia juga tak kuat.

Jinyoung's pov

Aku boleh dengar raungan kecil noona.
Aku dengar dengan jelas. Sangat jelas. Aura kesedihan. Aura kehampaan.

Aku tak boleh tunaikan permintaan noona tu buat masa sekarang. Aku tahu kebenaran.

Kebenaran yang perit harus aku hadapi.

Kebenaran yang peluang tu dah makin tipis.

Jinyoung risaukan noona. Terlalu risaukan noona. Sampaikan setiap masa noona dalam fikiran.

Aku terlalu sayangkan dia. Aku lemah. Aku tak dapat nak tunaikan permintaan kecil dia.

"Jinyoung sayangkan noona"

"Sangat sayangkan noona"

[C] Hurt | Kim Namjoon Where stories live. Discover now