8

291 24 0
                                    

"Awak dah tak ada masa Eunra. Tempoh awak hanya berbaki seminggu."

"S-seminggu?!" Aku seakan tidak percaya. Aku memang telah menghampirinya kematian.

"Ya Eunra. Sekarang kamu kene banyakkan rehat dan mengharap ada keajaiban yang akan berlaku." Aku mati kata apabila doktor berkata bergitu.

Kenapa aku?

"Noona?" Aku terus menoleh ke arah Jinyoung.

"Jauhnya termenung." Sambungnya lagi. Aku hanya menatap wajahnya dan tersenyum lemah.

"Jom keluar Jinyoung. Jom jumpa Namjoon." Aku menatap matanya. Aku berharap sangat dia memahami aku.

"Tak Noona. Noona perlu rehat." Muka aku terus berubah menjadi masam.

Aku terus masuk ke bilik. Aku sebak tiba-tiba. Setiap kali aku tatap wajah Jinyoung aku akan sedih. Aku tak dapat tahan air mata aku daripada mengalir. Ianya pedih.

Jinyoung masuk ke dalam bilik aku. Lalu memeluk aku.

"Maafkan noona Jinyoung." Walau beribu kali aku mengelap air mata aku tetapi ia tetap membasahi pipi aku.

"Maafkan noona." Aku mengusap ubunnya dan seterusnya aku mengucup ubunnya lama.

***

"Nasib baik hyung boleh datang." Aku membuka pagar rumah aku dan mengajak Namjoon hyung masuk ke dalam tetapi kami berhenti di depan pintu seketika.

"Hyung tolonglah pujuk noona. Jinyoung dah tak sanggup tengok dia macam tu. Hidup bertemankan air mata." Aku menunjuk kearah noona yang memandang television dengan pandangan yang kosong.
Seperti termenung.

"Jinyoung tinggalkan hyung dengan noona ya." Setelah Namjoon hyung masuk aku menutup pintu rapat.

Sejujurnya aku juga tidak kuat. Tidak kuat untuk melihat noona bergitu. Aku hilang punca mengapa noona selemah itu selepas ke hospital tempoh hari.

***

Aku duduk di sebelahnya yang sedang memandang tv kosong.

"Namjoon. Saya mintak maaf sangat sebab saya tolak awak. Saya terpaksa Namjoon." Aku segera meraih tangannya.

"Saya langsung tak kisah Eunra. Tapi sekarang ini awak perlu jaga kesihatan. Saya taknak awak macam ini Eun." Tangisannya sudah didengari.

"Awak dengarlah cakap saya dan Jinyoung. Saya taknak awak terus macam ini. Jangan terlalu berfikir Eun." Aku mengelap air matanya.

Matanya aku tatap. Berharap semua keperitannya berakhir. Aku tak sanggup tengok dia asyik menangis.

Aku harap sangat aku dapat putarkan masa. Akan aku betulkan semuanya. Aku nak kekal berkawan tanpa ada keperitan pada wanita yang aku cintai. Tanpa ada duka yang melandanya. Dan berharap senyuman manis itu akan kekal tersemat bersama orang yang tercinta.

Saya cintakan awak Park Eunra.

***

"Awak cepat sembuh ya." Aku mengangkatnya masuk ke dalam bilik dan menyelimutkannya. Memandangkan Eunra sudah terlelap di dalam dakapan aku tadi.

[C] Hurt | Kim Namjoon Where stories live. Discover now