7

317 22 0
                                        

Aku keluar pagi ini pun sebab hendak menghantar Jinyoung ke sekolahnya. Ada satu taman yang aku memang suka pergi lepas hantar Jinyoung sebab taman ini indah. Indah dengan keharuman bunga dan kicauan burung. Aku memang selalu juga datang sini dengan Jinyoung.

Sedang elok aku meletakkan kereta di sebuah taman kerana merancang untuk mengambil angin tiba-tiba telefon aku bergetar.

Joon🐻
"Eun!"

Eun🌸
"Ye?"

Joon🐻
"Cuba tengok luar kereta"

Aku terus memandang luar dan mencari objektif Namjoon suruh aku pandang luar. Tiba-tiba tersembul muka Namjoon di luar tingkap kereta aku ni.

Aku terus keluar dari kereta dan tersenyum dengan bibir yang sedikit ditacap dengan gincu ke arah Namjoon.

"Eh macam mana awak tahu saya dekat sini." Aku bertanya kepadanya sambil menutup pintu kereta dan menguncinya.

"Jinyoung cakap awak selalu datang sini lepas hantar dia jadi saya ikutlah awak" Terpancar lesung pipit Namjoon yang dalam itu.

"Jom" Aku menarik Namjoon ke arah bangku yang selalu aku duduk.

Aku pelik sebenarnya dengan tangan dia ni. Sebelah tu dari tadi duduk belakang.

"Nah." Akhirnya dia mengeluarkan tangan sebelah lagi tu dan rupanya dia sorokkan sejambak bunga ros kat belakang dia.

"Eh apa awak ni. Kenapa bagi saya" Aku sedikit ketawa tetapi tetap mengambilnya.

"Sebab awak sangat berseri macam bunga tu" Namjoon menjuih bibirnya ke arah bunga ros ini.

Aku susuri dengan ketawa.

"Terima kasih Namjoon. Ianya cantik. Saya suka" Aku menghidu bau harum bunga ros tersebut.

"Awak tak ada teman lelaki ke?" Mahu sahaja tercekik air liur aku dibuatnya.

"Eh eh awak ni Namjoon" Aku tertawa dan menekup mulutku untuk mengawal gelak tawa aku.

"Takda pun, saya bukannya cantik sangat pun. Siapa je yang nak dekat saya ni" Aku masih menghabiskan sisa tawa aku.

"Siapa cakap. Ada lah orang nak kat awak" Namjoon bercekak pinggang.

"Siapa? Cuba cakap dengan saya" Aku tertawa sambil melihat mukanya.

"Saya." Namjoon tersenyum manis ke arah aku. Aku pula sudah terkelu seribu bahasa.

"A-awak ni l-lawak la" Tergagap-gagap aku berkata.

Namjoon's pov

"Tak Eunra. Saya serius! Saya sukakan awak. Dari hari pertama kita kenal. Saya mula suka awak dan saya sedar bahawa awak orang yang saya cari selama ini. Saya merasakan awak istimewa. Saya gembira menghabiskan masa dengan awak."Aku mula meraih tangan kanannya.

"Maafkan saya Namjoon. Saya akui, saya juga menanggung perasaan yang sama." Lebar aku tersenyum. Bukan apa tidak aku sangka yang dia juga menyimpan perasaan yang sama. Tetapi tiba-tiba sahaja Eunra mengalirkan air mata.

[C] Hurt | Kim Namjoon Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang