9

242 22 0
                                    

Jinyoung dan Namjoon termenung di luar dewan. Semuanya telah berakhir. Butang sut hitam yang dipakai itu dibuka kerana berasa agak tidak selesa.

Mata mereka terlalu sembab. Masing-masing duduk dan melunjurkan kaki sambil mengenakan nasib. Mereka terlalu penat untuk menangis. Aura kesedihan kini telah bersatu dengan mereka.

Kini tawanya takkan didengari lagi. Tangisannya juga tidak akan menemani hari mereka. Satu-satunya bunya yang mekar di dalam hidup mereka telah layu buat selamanya.

Tiba-tiba Namjoon teringatkan surat yang disimpan di dalam kocek seluanrnya. Segera dia mengambil surat itu dan membacanya.

Hai Namjoon. Kalau awak baca surat ini bermakna saya dah pergi tinggalkan awak buat selamanya. Maafkan saya. Ini langsung bukan kehendak saya tetapi tuhan yang menetapkan semuanya. Setiap penemuan pastinya akan ada perpisahan. Cumanya kita berpisah awal. Perpisahan sudah pastinya akan menjadi kenangan yang pahit. Tapi itulah lumrah hidup, lumrah sahabat atau lebih suka saya katakan lumrah pasangan kekasih.
Saya minta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji saya untuk sentiasa ada bersama awak. Saya minta maaf kerana langsung tak bagitahu keadaan saya. Saya tak suka susahkan awak. Mungkin awak akan membenci saya selepas ini tetapi bukan saya. Saya akan selalu ada dalam hati awak. Saya akan memerhatikan awak.
Awak janganlah bersedih. Saya yakin awak akan bertemu dengan wanita yang lebih sempura daripada saya. Saya nak mintak tolong awak buat kali terakhir Namjoon. Lepas ini awak tolong tengokkan Jinyoung. Kalau boleh anggaplah dia sebagai adik awak. Awak tahukan dialah satu satunya adik saya. Saya merayu Namjoon.

Namjoon membaca surat ini bersama tangisan. Mulutnya pula terkumat kamit membalas setiap kata-kata Eunra.
Sesekali dia memberhentikan bacaan untuk menekup mulut.

Kalau awak nak tahu Namjoon, hari awak jumpa saya depan restoran tu ialah hari yang paling berharga dalam hidup saya. Awak nak tahu kenapa? Kerana saya telah menjumpai bakal suami saya. Saya terharu sangat bila ada orang macam awak tolong saya. Saya bahagia bila tuhan temukan awak dalam hidup saya. Saat itulah saya mula sedar tentang dunia. Dunia saya sebenarnya tidak kejam. Cuma saya yang tidak mencari kebahagiaan.

Tapi sayangnya waktu saya cuma seketika Namjoon. Saya dapat berbahagia hanya sekejap. Tapi waktu yang sedikit inilah yang membuatkan hidup saya terasa sempurna. Waktu yang sedikit ini jugalah membuatkan hidup saya riang. Saya nak awak tahu yang awaklah lelaki pertama yang hadir dalam hidup saya. Awak juga lelaki pertama yang berjaya mencuri hati saya. Awak baik Namjoon. Pastinya ramai yang menunggu awak diluar sana. Oleh itu saya harap awak tidak terus menunggu saya tapi sebaliknya carilah perganti yang lebih sempurna daripada saya. Kahwini dia, layan dia macam awak layan saya dan saya yakin awak tidak akan bersedih lagi. Saya sayang awak sangat Namjoon. Saya nak awak tahu yang saya juga

MENCINTAI AWAK! :)

XOXO dari buah hati awak yang baik lagikan comel^_^

Ps: Dalam kereta awak, bawah tempat duduk saya ada satu kotak saya nak awak simpan baik-baik benda dalam tu!

•••

Tersedu sedan Namjoon tidak dapat di ungkapkan lagi. Langsung tidak dihiraukan orang sekeliling. Perlahan-lahan Jinyoung menghampiri Namjoon dan mengusap belakangnya. Jinyoung pula masih terkejut. Dia juga mendapat surat tetapi dia tidak bersedia untuk membaca lagi. Namjoon ingin bangun untuk melihat kotak itu tetapi lututnya lemah dan akhirnya dia terduduk semula.

"Saya tak akan lupakan awak Eunra, saya janji."

***

[C] Hurt | Kim Namjoon Where stories live. Discover now