Deal!

1.2K 26 0
                                    

Aku hanya memandang wajah Bad. Dalam aku merenung anak matanya, mencari kebenaran atas apa yang telah dikatakannya padaku sebentar tadi.
Pandanganku beralih pada sehelai kontrak yang telah dihadapkan kearahku diatas meja.

'Bad, boleh percaya ke dengan kontrak kau ni? Kalau aku kena tipu macam mana?,' bukan boleh percaya sangat si Bad ni. Kang menipu, aku juga yang rugi. Tapi nak rugi apanya??tak dapat duit..aku dapat body macam model..ye dak???hahaha

'Ikut kau lah Hani, aku dah offer kau 5000 pun kau nak banyak songgeh. Lagipun, kau pun tahu kan aku mampu untuk bagi kau duit sebanyak tu,' kata Bad dengan begitu bangga sekali. Huhh..berlagak!!. Mentang - mentang dia anak jutawan! Bad ni memang popular dekat universiti disebabkan kekayaan yang dimiliki oleh bapanya. Tak tahulah bisnes apa yang bapa dia buat sampai boleh jadi kaya sangat, malas aku nak ambil peduli. Yang aku peduli sekarang, kenapa tiba - tiba Bad buat tawaran macam ni? Nak suruh aku kurus,siap nak bagi duit lagi..ishh..mesti ada agenda ni.

'Kau anggap je aku buat semua ni dengan niat untuk menderma..,' ishh dia ni macam tahu- tahu je apa yang aku tengah fikir.
'Lagipun aku tahu kau nak pakai duit sekarang kan?,' aku hanya mampu mengeluh mendengarkan kata - kata Bad itu. Semua benda dia tahu ni. Memang aku ada masalah kewangan sekarang. Yelaa, bapa aku kerjanya tukang kebun sekolah je..jadi mana lah mampu nak tanggung kos sara hidup aku kat Kuala Lumpur ni. Tambah lagi dengan adik beradik aku yang ramai tu. Setakat duit pinjaman memang la banyak tapi semuanya habis untuk bayar yuran dan juga kos untuk menyiapkan tugasan.

Aku mengeluh sekali lagi lalu mengambil kontrak tersebut dan tanpa berfikir lagi, aku terus menanda tangan kontrak tersebut. Bad pula hanya memandangku dengan senyuman meleretnya.

'Ok, kontrak ni bukti yang aku akan bagi RM 5000 bila kau dah kuruskan badan kau dalam masa 5 bulan! Deal?,'

'DEAL!,'

Kontrak (Completed)Where stories live. Discover now